Saturday, July 28, 2012

AJAIBNYA SEDEKAH


AJAIBNYA SEDEKAH
Semakin Bersedekah Semakin Kaya
(Muhammad Muhyidin) 

Kita sering memandang sedekah sebagi sesuatu yang biasa.  Sedekah dalam pengertian umumnya adalah memberi sesuatu kepada orang lain.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
·         Segeralah bersedekah kerana bala tidak pernah mendahului sedekah
·         Ubatilah penyakitmu dengan bersdekah
·         Perbanyakkan sedekah kerana ia dapat memanjangkan umur 

Beberapa petikan daripada orang barat:
·        Henry Ford Sr.:         Kejayaan ada di mana-mana.  Kejayaan itu mul dengan memberi.
·        Erwin Federman:    Orang menyukai kita bukan kerana sikap diri kita, tetapi kerana apa yang kita lakukan bagi menggembirakannya. 

Orang yang mencari popularity sebenarnya adalah orang yang tidak pernah popular.  Sedekah yang sebenar-benarnya mengandungi beberapa unsur:
1.      Niat yang tulus dan ikhlas hanya kerana Allah s.w.t.
2.      Bebaskan diri daripada keraguan berkenaan jumlah sedekah
3.      Berahsialah, jangan menunjuk-nunjuk dan juga sombong
4.      Berikanlah kepada orang yang tepat
5.      Berikan yang terbaik
Sedekah adalah pemberian yang dilakukan secara sukarela, ikhlas ataupun tanpa mengharapkan balasan.  Orang yang bersedekah memiliki rasa kasih sayang terhadap orang lain.  Sedekah menenangkan dan membahagia jiwa.  Jiwa yang bahagia adalah jiwa yang jauh daripada penyakit.  Jiwa yang bahagia juga melahirkan hati dan fikiran yang bahagia.


No comments:

Post a Comment