Thursday, July 26, 2012

PERANAN BESAR USUS KECIL


PERANAN BESAR USUS KECIL
THE SUN: MONDAY, 9 JANUARI 2012
OLEH S. INDRA SATHIABALA

 

1.         Usus adalah bahagian daripada system pencernaan dalam tubuh manusia.  Usus terdiri daripada usus besar (kolon) dan usus kecil.  Ia terletak selepas perut (stomach) dan diikuti oleh usus besar.

2.         Purata panjang usus kecil adalah 6.9 meter bagi seorang dewasa.  Ukuran ini boleh berbeza antara satu individu dengan individu yang lain.

3.         Usus kecil memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi kesihatan dan penyakit.

4.         Hasil kajian Dr. Ragnvald Eric Lindblom, seorang penyelidik dan saintis dari Sweden mendapati:
i.          kebanyakkan penyakit kronik berpunca dan bermula dari usus kecil;
ii.          usus kecil adalah punca utama yang menyokong dan menentukan setiap organ dan seluruh sistem imunisasi tubuh berfungsi dengan baik, di mana ia berperanan menukar makanan yang dimakan kepada nutrisi yang diperlukan oleh semua organ dan sel tubuh;
iii.         di antara faktor yang menyebabkan usus kecil tidak dapat melaksanakan fungsi dengan baik adalah:
·         Stres
·         Jenis makanan yang tidak sihat
·         Faktor persekitaran
·         Serangan virus
·         Bakteria
·         Infeksi kulat
·         Ubat-ubatan (antibiotic, agen anti-kanser)
·         Merokok
·         Minuman keras;
iv.        usus kecil juga merupakan barisan hadapan dalam mengenalpasti dan menyahkan toksid, dan seterusnya membaikpulih sistem imunisasi tubuh

No comments:

Post a Comment