Tuesday, August 14, 2012

MEMBEBASKAN MINDA YANG TERJAJAH


MEMBEBASKAN MINDA YANG TERJAJAH
Peranan Strategik Pengurus Dalam Peningkatan Produktiviti Organisasi
VICTOR S.L. TAN
 

TRANSFORMASI CORAK MINDA
Seorang manusia yang unggul belajar dari kesilapan, tetapi seorang yang lebih unggul belajar dari kesilapan pihak lain.  Cabaran hari ini ialah untuk  meningkatkan daya persaingan melalui keberkesanan kos, kualiti, kepantasan pengeluaran dan penghantaran, serta produk dan perkhidmatan yang inovatif.  Untuk itu, corak minda harus diubah.
Corak minda merupakan satu daripada konsep pengurusan sumber manusia yang paling kurang difahami dalam dunia perniagaan.  Corak minda merupakan keadaan minda yang mempengaruhi corak pemikiran, perasaan dan reaksi seseorang terhadap situasi yang dihadapinya
Rajah 1: Lima Faktor Yang Mempengaruhi Corak Minda

Pekerja-pekerja hari ini telah mengongkong danmemenjarakan diri sendiri dengan prosedur kerja yang tidak wajar dengan membina tembok halangan dan sekatan, serta enggan bekerjasama.  Mengubah corak minda harus bermula dengan pemecahan ‘penjara’ minda dahulu.  Oleh itu peranan baru yang harus dimainkan oleh pemimpin hari ini ialah dengan membuka minda dan memujuk hati pekerjanya.
Rajah 2: Model Kejayaan Perubahan
Minda yang terjajah merupakan kerugian paling besar dalam sumber manusia.
Rajah 3: Ciri-Ciri Minda Ynag Terjajah
MENGATASI KEGAWATAN
Kegawatan yang dimaksudkan adalah merujuk kepada keadaan yang boleh membawa kesusahan atau kesulitan kepada mereka yang tidak mampu menanganinya.  Walaupun begitu, kegawatan boleh menghasilkan beberapa manfaat seperti dalam rajah seterusnya.
Rajah 4: Manfaat Kegawatan
Pengurusan kegawatan memerlukan pendekatan yang tenang.  Teknik mengurus kegawatan melibatkan tindakan menganalisis situasi secara objektif sebelum menetapkan strategi untuk menanganinya.
Rajah 5: Rangka Pengurusan Kegawatan

 Rajah 6: Punca Kegagalan Korporat


Krisis merupakan satu situasi atau peristiwa yang mengakibatkan kepincangan yang serius.  Krisis akan berlaku jika terdapat jurang yang luas di antara apa yang diharapkan dengan apa yang sebenar berlaku.
Rajah 7: Punca Krisis
Pengurusan krisis yang cekap adalah amat mustahak.  Pengurus dan pemimpin berperanan untuk meminimakan kesan krisis dan pada masa yang sama belajar daripada pengalaman dan cuba menghindari dari berulang.
 
MENGEKSPLOIT PELUANG
Terdapat dua jenis perubahan iaitu perubahan yang didorog oleh krisis dan perubahan yang didorong oleh peluang
Rajah 8: Pengurusan Perubahan Yang Didorong Oleh Peluang
MEMOTIVASI PEKERJA BARU DAN MEMBENTUK WAWASAN
Memotivasikan pekerja secara berterusan merupakan salah satu cabaran kritikal yang dihadapi oleh organisasi.  Pekerja memerlukan semangat yang berkobar-kobar, komitmen, kecekalan dan kebanggaan dalam kerja mereka.
 
KEPIMPINAN DAN KEUNGGULAN
Cabaran luarbiasa memerlukan pemimpim luarbiasa untuk mengubah nasib.  Untuk mengurus perubahan seseorang itu perlu memahami perubahan terlebih dahulu.  Oleh itu, para pengurus memerlukan daya kepimpinan yang lebih besar daripada daya rintangan.
Rajah 9: Daya Kepimpinan


No comments:

Post a Comment