SENYUMLAH
SYED ALWI ALATAS
GALERI ILMU SDN BHD
Ramai membenci masalah
hidup. Masalah merupakan suatu keadaan
yang memerlukan perhatian dan perlu dihadapi atau diselesaikan. Kadang-kadang ia merupakan sesuatu yang susah
untuk dihadapi dan difahami. Banyak
orang menjadi tertekan saat menghadapi permasalahan. Namun ia tetap hadir dalam kehidupan kita.
Emosi adalah kesan secara
automatik yang muncul setiap kali manusia menghadapi masalah. Kadang-kadang emosi ini muncul sebelum kita
sempat menyedarinya. Emosi perlu dikendali kerana boleh
mempengaruhi kesihatan atau lebih buruk lagi boleh mendorong seseorang
melakukan tindakan yang berbahaya pada diri sendiri. Setiap permasalahan hidup biasanya
mengakibatnya munculnya emosi tertentu. Semua
yang berlaku dalam hidup kita ada hikmahnya.
Terima sahaja dengan senyuman dan cuba belajar sesuatu daripadanya.
Masalah
adalah sesuatu yang bersifat relatif
di mana tahap kesusahannya bergantung kepada persepsi dan pandangan seseorang
terhadap masalah tersebut. Masalah juga bersifat subjektif di mana
penilaian sesuatu masalah adalah
dipengaruhi oleh cara bertindak balas, persepsi dan juga faktor kekuatan
dalaman seseorang. Persepsi
merupakan sebuah kapasiti unik yang haya dimiliki oleh manusia. Persepsi membuatkan seseorang melihat gelas
yang separuh berisi air sebagai ‘setengah penuh’ atau ‘setengah kosong’; dan
melihat telur separuh masak sebagai ‘setengah masak’ atau ‘setengah
mentah’. Persepi merupakan elemen penting yang mempengaruhi penilaian seseorang
terhadap ringan atau beratnya sesuatu masalah atau musibah.
Masalah hampir pasti akan
mengubah hidup kita. Hanya sikap dan tindak
balas yang berupaya memberi bentuk yang indah pada kehidupan itu.
No comments:
Post a Comment