Tuesday, March 26, 2013

MENSYUKURI NIKMAT



Ucapan penghargaan dan terima kasih sering diucapkan apablia menerima sesuatu.  Lebih-lebih lagi jika pemberian itu amat bernilai.  Amalan mengucapkan terima kasih adalah juga sebagai salah satu tanda mensyukuri nikmat Allah s.w.t.  Jika kita suka menerima sesuatu pemberian, maka mulakanlah dengan sikap memberi kepada orang lain terlebih dahulu.  Penerimaan dan pemberian hendaklah dibuat dengan wajah yang manis dan ucapkanlah terima kasih.
Nikmat yang kita kecapai termasuklah antaranya nikmat hidup dalam keadaan aman.  Nikmat ini dikurniakan kerana Allah s.w.t. amat mengasihi dan menyayagi hambaNya.  Ada kalanya kita tidak sedar bahawa apa yang dinikmati hari ini adalah nikmat.  Oleh itu kita harus mensyukuri nikmat.
Usia yang panjang juga merupakan satu nikmat yang tidak ternilai kerana kita diberi kesempatan untuk terus dapat beribadat, merasai kehidupan, berkongsi kebahagiaan dan merencana masa hadapan.

Perkongsian:
Ustaz Muhammad Yusuf A kadir, Gen Q, Isu No. 12
Nik Salida Suhaila, USIM, “Manusia mudah lupa nikmat”, Barita Harian Khamis, 21 Mac, 2013

No comments:

Post a Comment