Tuesday, October 22, 2013

Panggilan sayang mengeratkan

PERKONGSIAN
SOLUSI ISU 61
MITHALI: Ustaz Roslan Yasmin
Dirimu Yang Kupanggil ‘Sayang’
 
Panggilan ‘sayang’ berupaya menyentuh lubuk hati isteri, memberikan makna dan mengukir senyuman di bibir isteri.  Dalam berkomunikasi dengan isteri, suami perlu berhati-hati dalam berbicara dan pilihlah kata-kata yang baik-baik.  Komunikasi amat penting dalam kehidupan berumah tangga.  Menerusi komunikasi kita meraih:
  • Kebaikan
  • Perhatian
  • Kasih saying
  • Minat
  • Simpati
  • harmoni

Lantaran itu, alangkah manisnya jika suami memanggil isteri dengan panggilan yang melambangkan kasih saying.  Panggilan cinta mengujakan.  Panggilan sayang mengeratkan.  Panggilan manja mendekatkan.  Panggilan lembut membuahkan rasa dihargai.

Kata-kata baik yang diucapkan kepada isteri berupaya menyuburkan pohon kasih sayang.  Menghargai isteri adalah sebagai tanda bersyukur kepada Allah swt.  Hargailah isteri melalui:
1.
Hati
  • yakini isteri adalah kurniaan Allah swt
  • bertekad pimpin dan bombing isteri ke jalan benar
  • cintai isteri kerana Allah swt.

2.
Kata-kata
  • panggil dengan panggilan yang baik
  • puji dan beri penghargaan
  • nasihat dengan penuh hikmah
  • gurau senda dengan perkataan yang baik-baik
  • doakan kebahagiaan dan kejayaan isteri

3.
Perbuatan
  • layan isteri selayaknya sebagai insan yang istimewa
  • setiap gerak geri dan perlakuan melambnag cinta dan kasih sayang

 

No comments:

Post a Comment