KISAH 25 NABI-NABI
TARIKUDDIN BIN HAJI HASSAN
KISAH 6
NABI IBRAHIM a.s
Siti Sarah
tidak dapat memberikan anak kepada Nabi Ibrahim a.s., maka dia dengan rela hati
telah menghadiahkan hambanya Siti Hajar untuk diperisterikan baginda. Dengan kehendak Allah swt, Siti hajar
mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama Ismail. Kelahiran Nabi Ismail a.s. telah menimbulkan
rasa cemburu di hati Siti Sarah.
Siti Sarah
telah meminta agar Nabi Ibrahim a.s. mengeluarkan Siti Hajar dari rumah
itu. Dengan perintah Allah swt, Nabi Ibrahim
a.s. menghantar Siti Hajar dan Ismail ke bumi kering di tengah padang pasir
arab yang sekarang dikenali sebagai Kota Mekah.
Dengan kehendak Allah swt yang Maha Berkuasa, Siti Sarah juga mengandung
akhirnya dan melahirkan putera lelaki yang dinamakan Ishaq.
Nabi Ibrahim a.s.
masih mempunyai 2 orang isteri lagi. Isteri
ketiga bernama Qatura, yang keempat bernama Hujun. Kesemua anak yang diperolehi adalah lelaki. Anak-anak baginda bersama isteri-isteri lain
adalah:
Qatura
|
Hujun
|
Madyan
|
Kisan
|
Madan
|
Lutan
|
Zamram
|
Suruj
|
Syah
|
Amim
|
Yaqsan
|
Nafs
|
syiyaq
|
Nabi Ibrahim a.s.
wafat di bumi Palestin ketika berusia 145 tahun. Baginda dikebumikan bersebelahan kubur Siti Sarah
di Kota Hibrun.
Nabi Ibrahim a.s.
termasuk salah seorang rasul yang suka melihat kekuasaan Allah swt secara
terang-terangan. Baginda mahu melihat
kekuasaan Allah swt menghidupkan orang mati yang telah hancur dalam tanah
dengan mata sendiri. Permintaan baginda
dimakbulkan Allah swt.
Allah swt
memerintahkan Nabi Ibrahim a.s. menangkap 4 ekor burung. Disuruh perhatikan warna dan seluruh bahagian
tubuh keempat-empat ekor burung itu, kemudian menyembelih dan mencincang
dagingnya sampai lumat. Daging-daging
itu kemudian dicampur gaulkan. Setelah itu
dibahagikan kepada 4 longgok dan setiap longgok diletakkan di atas 4 tanah
tinggi yang masing-masing agak jauh. Kemudian
Allah swt menyuruh Nabi Ibrahim a.s. memanggil burung-burung itu. Tiba-tiba berterbanganlah daging-daging
hancur dari 4 tanah tinggi itu lantas bercantum di udara dan membentuk menjadi
4 ekor burung yang sempurna dan terbang menghala ke Nabi Ibrahim a.s. dan
hinggap di hadapan baginda.
Dengan peristiwa
ini, hati Nabi Ibrahim a.s. menjadi amat tenang dan iman baginda semakin jitu
dan pejal.
bersambung...
(untuk
baca versi penuh yang lebih menyeronokkan dan menarik, dapatkan bukunya)
No comments:
Post a Comment