Sunday, January 12, 2014

KISAH 7: NABI LUT a.s.

KISAH 25 NABI-NABI
TARIKUDDIN BIN HAJI HASSAN

credit; www.123rf.com 

Nabi Lut a.s. ialah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s.  Nama baginda ialah Lut bin Haran bin Azar.  Haran adalah adik beradik dengan Nabi Ibrahim a.s.  Azar ialah bapa Nabi Ibrahim a.s.  Nabi Lut a.s. ialah orang pertama yang beriman kepada seruan Nabi Ibrahim a.s. dan menjadi pembela kuat kepada perjuangan bapa saudara baginda itu.

Nabi Lut a.s telah mengikut Nabi Ibrahim a.s. berpindah setelah Raja Namrud menghalau Nabi Ibrahim a.s.  Merelah telah pergi ke negeri Khamsas, sebuah jajahan takluk kerajaan Mesir.  Mereka berkongsi menternak di negeri itu.  Setelah perusahaan ternak tersebut menjadi semakin maju, Nabi Lut a.s. dan Nabi Ibrahim a.s. terpaksa pecah kongsi perusahaan ternakan mereka.  Mereka bermesyuarat dan memutuskan Nabi Lut a.s. perlu membawa ternakannya ke negeri Jordan di sebuah kota bernama Sadum.  Mengikut riwayat lain, Sadum terletak di Turki.

Nabi Lut a.s. mendapati orang di situ berperangai pelik dan ganjil.  Sebahagian besar daripada mereka pemalas.  Mereka mencari makan dengan cara menipu orang, merompak, dan menyamun.  Perangai mereka ganjil kerana mereka suka kepada kaum sejenis.  Yang lelaki suka kepada lelaki, manakala yang perempuan suka kepada perempuan.

Nabi Lut a.s. dilantik menjadi Nabi dan rasul kepada penduduk Kota Sadum.  Baginda mengajak penduduk Kota Sadum beriman, di samping melarang mereka mengerjakan perbuatan mungkar.  Nabi Lut a.s. adalah seorang yang tidak berputus asa dalam menjalankan tugas kenabian dan kerasulan baginda.

Setelah menerima berbagai ancaman, Nabi Lut a.s. memohon ke hadhirat Allah swt supaya jangan membiarkan penduduk Kota Sadum yang semakin besar kepala itu.  Doa Nabi Lut a.s. dimakbulkan Allah swt.

Ketika Nabi Ibrahim a.s. berada di rumah baginda, 3 orang lelaki muda yang sangat kacak dan tampan datang bertamu.  Nabi Ibrahim a.s. menjamu ketiga-tiga tetamu baginda dengan menyembelih seekor anak lembu.  Namun tetamu baginda tidak menjamah makanan.  Mereka kemudian memperkenalkan diri mereka adalah para malaikat iaitu, Malaikat Jibrail a.s., Mikail a.s. dan Israfil a.s.  Mereka menjelaskan bahawa kedatangan mereka membawa 2 perutusan iaitu yang pertama ialah untuk memberi khabar gembira bahawa Siti Sarah akan mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki yang salih yang akan dilantik menjadi seornag Nabi dan Rasul.  Kedua ialah untuk memusnahkan kaum Nabi Lut a.s. di negeri Sadom.

Setelah ketiga-tiga malaikat itu selesai bertamu di rumah Nabi Ibrahim a.s., mereka meneruskan perjalanan menuju ke negeri Sadum.  Ketika Nabi Lut a.s. melihat 3 ornag pemuda yang teramat tampan, hati baginda merasa resah.  Malaikat Jibrail a.s. memaklumkan bahawa kedatangan mereka membawa azab.  Mereka menyuruh Nabi Lut a.s. pergi dari situ setelah malam sudah berada di penghujungnya dengan membawa keluarganya.

credit; www.123rf.com 
Kedatangan 3 pemuda asing yang kacak ke Kota Sadum akhirnya diketahui beberapa orang penduduk Kota Sadum.  Isteri Nabi Lut a.s. sendiri yang membocorkan rahsia kedatangan pemuda itu.  Lelaki-lelaki penduduk Kota Sadum segera menyerbu ke rumah Nabi Lut a.s.  Nabi Lut a.s. sangat marah kepada mereka.  Tetapi kaum baginda terus mahu menangkap pemuda-pemuda itu.  Tiba-tiba Allah swt telah membutakan mata mereka sehingga mereka tidak dapat keluar dari rumah Nabi Lut a.s.

Kerana kekerasan hati mereka, kaum Nabi Lut a.s. telah ditimpakan dengan 3 jenis bencana iaitu hujan batu, suara keras seperti guruh dan diterbalikkan bumi.  Bumi Kota Sadum telah diterbalikkan oleh 3 malaikt itu sehingga semua orang kafir di dalamnya binasa.  Sekarang Kota Sadum menjadi sebuah tasik yang besar yang dikenali sebagai ‘Laut Mati’.

Nabi Lut a.s. dan para pengikut baginda yang beriman telah meninggalkan kota sedum pergi ke tempat lain untuk membina pengihupan baru.
  
bersambung...

(untuk baca versi penuh yang lebih menyeronokkan dan menarik, dapatkan bukunya)

No comments:

Post a Comment