Monday, February 24, 2014

Mutiara 2 Kata Dr. Maznah Hamid

(8 Februari 2014)
i365art.com 

1.            Hidup jauh lebih indah, aman dan menyenangkan bila kita saling menyayangi.  Namun, kasih sayang tidak akan datang dengan diminta, kasih sayang akan datang bila kita yang memberi.

2.            Sabar terbahagi kepada 2 iaitu:
a.    sabar dalam mengawal daripada apa yang kamu tidak kehendaki
b.    sabar dalam mengejar apa yang dikehendaki.  Jangan cepat mengalah


3.            Kalau manusia sentiasa mengejar kasih Allah swt, tidak akan timbul perselisihan dan perbalahan.  Jika sesama manusia mengejar kasih manusia, hasilnya mereka sering bersaing dan berbalah.


4.            Konflik biasanya terjadi kerana saya benar dan kamu salah.  Berilah kesempatan hati menngatakan kita benar dan diapun boleh jadi benar.  Insya’Allah akan mudah cari jalan penyelesaiannya.

No comments:

Post a Comment