Tuesday, August 25, 2015

FORUM SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG



PERKONGSIANG:
DR RUBIAH K HAMZAH
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH
18 NOVEMBER 2014 (SELASA)
 Image result for cartoon baby booties
Hidup tidak akan selesai …..  Masalah tidak akan terungkai,tanpa cinta dan kasih sayang.  Kita jua dilahirkan atas puncak kasih dan sayang.  Kasih sayang bermula daripada Allah S.W.T.  Kita seharusnya sayangi Allah swt, sayangi diri dan anggota….. baru dapat / boleh menyayangi orang lain.  Lakukan segalanya untuk Allah swt

Lihatlah pasangan kita sebagai hadiah daripada Allah swt.  Bangunkan rasa cinta dalam diri kita:
1.          Sayang diri sendiri
2.          Dorongan ilmu

Wajah kita adalah cerminan hati.  Oleh itu, senyumlah.  Senyum tanda sihat, tanda bahagia.  Kita gosok gigi untuk jaga pemberian Allah swt.  Begitu juga makanya kita perlu jaga yang keluar dari mulut.  Seluruh anggota juga perlu dijaga kerana semuanya adalah pemberian daripada Allah swt.

Isteri adalah hadiah yang dipinjamkan Allah swt.  Jangan sombong dengan isteri dan anak-anak.  Untuk menyayangi, perlu ada nilai tambah dalam diri.

Bahagia datang daripada kejayaan
1.      Fizikal = material
2.      Minda = emosi
Pilih untuk gembira dan bahagia
3.      Hati = Spiritual
Merasakan Allah swt dan Rasullulah saw sayangi kita
·         Dengan ikhlas
·         Bersangka baik
·         Banyak berdoa

Bahagia juga adalah hadiah daripada Allah swt.  Untuk perolehi kebahagiaan perlu bina matlamat hidup dan mesti ada kepimpinan diri.  Untuk menjadi pemimpin yang bermatlamat untuk masuk syurga, perlu gunakan pendekatan “bantulah saya” dan juga berikan makna kepada apa sahaja yang kita lakukan

Untuk perolehi keredaan Allah swt. lakukan tugas dengan ikhlas, tidak marah-marah, tidak merungut, sabar dan sentiasa bersyukur.  Belajar adil kepada diri sendiri.  Takut dengan NCR (Non-Compliance Report) Allah swt.  Perasaan orang bahagia adalah dengan bersyukur.


No comments:

Post a Comment