Perasaan berkasih sayang perlu dihidupkan. Ianya wajar disemai, dibajai dan dipupuk dengan saling mengenali, mempunyai sifat belas kasihan, saling melindungi, membetulkan kesilapan tanpa rasa benci, mengukuhkan ukhuwah dan merapatkan silaturahim.
Dunia hari ini penuh dengan tomahan dan buruk sangka. Keadaan ini mengakibatkan manusia sering bertelingkah kerana tidak mengetahui kebenaran. Berperasangka adalah satu perbuatan yang berdosa yang timbul daripada hati yang tidak bersih. Akibatnya akan wujud tindakan yang tidak berasas yang akhirnya akan mengakibatkan terputusnya silaturahim.
Oleh itu, pupuklah kasih sayang, eratkan silaturahim serta jagalah adap pertuturan. Sayangi kehidupan sesudah mati.
No comments:
Post a Comment