Jangan mudah mencari kekurangan atau kesilapan orang lain. Lihat dalam diri sendiri dahulu kerana tiada manusia yang sempurna. Berkasih sayang bererti menyayangi kerana kelebihan dan boleh menerima segala kekurangan dan kelemahan yang ada.
Rasa kasih sayang amat perlu bagi mengukuhkan silaturahim antara kita. Dengan kasih sayang, kita akan boleh saling maaf memaafi dan berbaik sangka. Perasaan kasih sayang juga akan menjadikan kita lebih kuat menghadapi cabaran dan rintangan, seterusnya akan menjadikan kita insan yang lebih dihormati. Kehidupan akan menjadi lebih harmoni dan tidak akan wujud kata mengata dan prasangka.
Rasa kasih sayang ini perlu disemai. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan untuk memulakan penyemaian benih kasih sayang. Walau apa pun, yang paling penting adalah hati yang bersih kerana biar beribu aktiviti dan program sekalipun yang diadakan, tanpa kehadiran hati yag bersih dan tulus menyayangi, semuanya tidak akan menjadi.
Oleh itu, jaga dan pupuklah hubungan silaturahim antara kita dengan mengeratkan kasih sayang. Ianya amat berharga, umpama sebutir mutiara. Pesan Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, 'Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturahim'. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment