Friday, July 20, 2012

BERSYUKUR



Bersyukur adalah pengakuan hati terhadap sesuatu, biasanya atas ganjaran dan nikmat yang dianugerahkan Allah s.w.t.  Nikmat merangkumi sihat dan senang, termasuk juga apabila terlepas daripada bala, mala petaka dan bencana.


Bersyukur akan membuat hati menjadi lebih tenang.  Menjadikan kita seorang yang sentiasa 'mengukur baju di badan sendiri' dan sentiasa juag melihat orang yang berada di 'bawah'.  Lebih banyak kita bersyukur, insya'allah lebih banyak kurniaan yang tidak disangka-sangka akan diperolehi.  Hikmah yang diperolehi daripada perasaan bersyukur adalah merasai ketenangan, serta bebas stres, kemurungan dan tekanan.  Dengan bersyukur, segala emosi negatif akan terhakis, dan kita dengan mudah akan dapat mewujudkan dan mengekalkan emosi positif yang sudah semestinya akan membuat kita berfikiran positif.


Dalam apa keadaan sekalipun, mewah atau senang, susah atau sakit, kita hendaklah sentiasa bersyukur.  Jangan biarkan diri hanyut dalam kelalaian dan hasutan emosi negatif.  Sentiasa ingat bahawa jika kita sakit, ada orang yang sakitnya lebih parah daripada kita.  Jika kita merasakan hidup kita susah, ada orang yang lebih susah daripada kita.  Jika kita merasakan masalah kita amat berat, ada orang yang sedang menghadapi ujian yang lebih berat lagi.  Sentiasa bersyukur akan nikmat dan kurniaan yang berlipat ganda akan diperolehi.


No comments:

Post a Comment