PERKONGSIAN:
Berita Harian
Khamis, 18 Julai 2013
Jadilah
Pekerja Yang Dihargai Majikan
Prof. Madya Dr. Mohd. Yahya Mohd
Arifin
(Timbalan Dekan Fakulti
Kepimpinan dan Pengurusan, USIM)
Organisasi tidak akan mampu untuk
berkembang maju dan berjaya tanpa adanya pekerja cemerlang. Untuk mencapai kecemerlangan, organisasi
perlukan pekerja yang berkhidmat dengan penuh dedikasi dan berkualiti. Maka
adalah wajar organisasi memberi penghargaan kepada pekerja cemerlang.
Penghargaan kepada pekerja akan
membangkitkan rasa sayang kepada organisasi, membakar semangat kerja yang lebih
tinggi, meningkatkan kreativiti dan inovasi di samping meningkatkan
produktiviti dan kualiti kerja.
Beberapa kriteria yang perlu dimiliki untuk menjadi pekerja cemerlang:
-
Mencapai lebih daripada sasaran kerja tahunan
-
Dedikasi
dan berkualiti
-
Menjaga
hubungan baik dengan ketua, rakan sepejabat dan pelanggan
-
Patuhi
peraturan
-
Tidak
kerap mengambil cuti sakit
-
Membabitkan
diri dengan aktiviti luar
No comments:
Post a Comment