KISAH 25 NABI-NABI
TARIKUDDIN BIN HAJI HASSAN
KISAH 6
NABI IBRAHIM a.s
Add caption |
Selepas
peristiwa baginda dibakar dan api tidak memakan jasad baginda, Nabi Ibrahim
a.s. semakin giat berdakwah. Raja Namrud
juga tidak memperdulikan Nabi Ibrahim a.s. lagi.
Pada suatu hari
Raja Namrud telah menjemput Nabi Ibrahim datang ke istana. Di sana mereka telah berhujjah. Selepas Raja Namrud kalah berhujjah dengan Nabi
Ibrahim a.s., dia merasa sangat terhina dan malu. Raja Namrud sentiasa berusaha untuk
membinasakan Nabi Ibrahim a.s. Allah swt
telah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s. berhijrah ke negeri Syam.
Nabi Ibrahim
a.s. telah singgah di negeri Harran yang terletak di antara Sungai Furat dengan
Sungai Dajlah. Baginda mendapati
pendududknya percaya kepada bintang-bintang sebagai tuhan semesta alam. Nabi Ibrahim a.s. telah menggunakan taktik
dakwah yang amat halus terhadap penduduk negeri Haran. Baginda mendapatkan penduduk Harran pada
waktu hampir malam. Setelah matahari
terbenam dan bintang-bintang besar mula kelihatan, baginda menunding jari ke arah
bintang-bintang seolah-olah mengaku bertuhankan kepada bintang-bintang di
langit.
Setelah bintang
terbenam pada separuh malam, mereka mendengar Nabi Ibrahim a.s. berkata bahawa tuhan
telah hilang dan baginda merasa tersangat tidak gembira bertuhankan kepada
tuhan-tuhan yang suka berubah-ubah timbul tenggelam di langit.
Malam esoknya,
sekali lagi Nabi Ibrahim a.s. keluar bermesra dengan penduduk Harran. Pada malam itu, setelah bulan muncul, baginda
menunding jari lantas berkata itulah tuhan.
Tetapi setelah bulan itu tenggelam menjelang waktu akhir malam, Nabi
Ibrahim a.s. sekali lagi menyatakan bahawa baginda tidak suka bertuhankan bulan
yang tidak dapat terus kekal di langit. Esoknya,
apabila matahari bersinar di langit, Nabi Ibrahim a.s. yang sentiasa dikerumuni
penduduk Harran berkata itulah tuhan yang sebenar. Tetapi setelah matahari terbenam pada petang
hari, baginda berkata pula bahawa baginda tidak suka bertuhankan matahari
kerana tidak dapat terus tinggal kekal di langit.
Setelah Berjaya
menyedarkan penduduk negeri Harran melalu taktik dakwah yang begitu halus, Nabi
Ibrahim a.s. meneruskan perjalanan sehingga sampai berhampiran kawasan istana
raja Harran yang bernama Raja Khazan.
No comments:
Post a Comment