Share: Mutiara Kata Kejayaan Datuk Dr. Maznah Hamid
1. 4 perkara amalan budiman adalah
- menjauhkan
cakap kosong
- menjauhkan
tangan daripada mengganggu
- cepat
memberikan penghargaan
- lambat
menjatuhkan tuduhan
2. Seseorang yang bergelar pakar adalah yang
banyak pengetahuan tentang kekurangan bukannya banyak pengetahuan tentang
kelebihan.
3. Kurang ilmu boleh ditambah, kurang pandai
boleh belajar, tetapi kurang kejujuran, payah dan sukar untuk dipelajari
kecuali dengan kemahuan dan kemampuan yang luar biasa.
4. Pandanglah segala sesuatu dari kacamata
orang lain. Apabila hal itu menyakiti
hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hati orang lain pula.
5. Selalu kita menyangka yang di tangan
orang indah dan menawan; apa yang di tangan sendiri sentiasa kelam. Selalu kita meletakkan impian yang muluk-muluk
pada kepunyaan orang sedangkan orang turut terliur dengan apa yang kita miliki.
6. Sifat peribadi yang kukuh adalah aset
kita yang paling hebat kerana ia kuasa yang
membolehkan kita berhadapan dengan kecemasan.
7. I am a strong person, but every once in a
while, I would like someone to take my hand and tell me that everything’s going
to be alright.
No comments:
Post a Comment