Wednesday, January 29, 2014

Mutiara Kata Kejayaan

credit: khairitajudin.blogspot.com
Share: Mutiara Kata Kejayaan Datuk Dr. Maznah Hamid

1.       4 perkara amalan budiman adalah
          -         menjauhkan cakap kosong
          -         menjauhkan tangan daripada mengganggu
          -         cepat memberikan penghargaan
          -         lambat menjatuhkan tuduhan

2.       Seseorang yang bergelar pakar adalah yang banyak pengetahuan tentang kekurangan bukannya banyak pengetahuan tentang kelebihan.

3.       Kurang ilmu boleh ditambah, kurang pandai boleh belajar, tetapi kurang kejujuran, payah dan sukar untuk dipelajari kecuali dengan kemahuan dan kemampuan yang luar biasa.

4.       Pandanglah segala sesuatu dari kacamata orang lain.  Apabila hal itu menyakiti hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hati orang lain pula.

5.       Selalu kita menyangka yang di tangan orang indah dan menawan; apa yang di tangan sendiri sentiasa kelam.  Selalu kita meletakkan impian yang muluk-muluk pada kepunyaan orang sedangkan orang turut terliur dengan apa yang kita miliki.

6.       Sifat peribadi yang kukuh adalah aset kita yang paling hebat kerana ia kuasa           yang membolehkan kita berhadapan dengan kecemasan.


7.       I am a strong person, but every once in a while, I would like someone to take my hand and tell me that everything’s going to be alright.

No comments:

Post a Comment