TARIKUDDIN BIN HAJI HASSAN
thewagonhouse.com |
Nabi Ya’qub a.s. adalah cucu Nabi Ibrahim a.s. Baginda adalah bapa kepada kaum Israil yang
kini lebih dikenali dengan nama kaum Yahudi.
Nabi Ya’qub a.s. diangkat menjadi Nabi hasil dari doa
ayahandanya, Nabi Ishaq a.s. di mana di hari tuanya, Nabi Ishaq a.s. buta
kedua-dua belah matanya berpunca kerana baginda sangat banyak menangis. Pada suatu hari Nabi Ishaq a.s. berhasrat
untuk mendoakan keberkatan kepada kedua-dua putera baginda, Isy dan Ya’qub. Isteri Nabi Ishaq a.s. telah membawa anaknya Ya’qub
ke hadapan suaminya kerana Isy tiada di rumah.
Nabi Ishaq a.s. terus mendoakan keberkatan hidup dan keNabian untuk Nabi
Ya’qub a.s.
Riwayat lain menceritakan bahawa pada suatu hari Nabi Ishaq
a.s. telah memanggil anaknya Isy dan memberitahu bahawa baginda teringin untuk
makan daging kijang. Nabi Ishaq a.s.
berjanji akan mendoakan ke hadirat Allah swt agar orang yang dapat memberinya
makan daging kijang akan menjadi Nabi sesudah dirinya. Maka tanpa berlengah Isy terus keluar memburu
ke hutan untuk mendapatkan seekor kijang.
Isteri Nabi Ishaq a.s., Rifqah binti Bitauel bin Nahur bin
Azar, telah mendengar kata-kata Nabi Ishaq a.s. kepada Isy itu. Agar Ya’qub tidak terlepas peluang itu,
Rifqah binti Bitauel telah menyuruh Ya’qub menyembelih seekor kambing dan memberi
makan ayahandanya. Maka Nabi Ishaq a.s.
terus menadah tangan dan mendoakan kenabian kepada anaknya yang telah
memberinya makan gulai itu. Setelah Isy
pulang membawa kijang dan menggulainya, Nabi Ishaq a.s. hairan kerana dia sudah
makan daging kijang sebentar tadi. Isy
telah menyedari perbuatan saudaranya Ya’qub dan memberitahu ayahandanya, Nabi Ishaq
a.s. perkara yang sebenar. Tetapi Nabi Ishaq
a.s. memaklumkan bahawa segala-galanya sudah berakhir.
Isy berasa marah akan Ya’qub. Setelah Ya’qub sedar Isy begitu marah, beliau
pergi berjumpa ayahandanya meminta nasihat dan pandangan. Setelah mendengar, Nabi Ishaq a.s. berasa
amat sedih dan beliau telah menasihatkan Ya’qub untuk pergi ke desa Fadan A’ram
di negeri Irak tempat tinggal bapa saudaranya, Laban bin Bitauel.setelah
mendapat nasihat dairpada ayahandanya, Nabi Ya’qub a.s. berangkatlah menuju ke
desa Fadan A’ram, tempat tinggal bapa saudaranya itu. Nabi Ya’qub a.s. berjalan pada malam hari dan
berehat pada siang hari.
www.booktryst.com |
Pada suatu hari Nabi Ya’qub a.s. yang keletihan telah tidur
di atas sebuah batu yang agak besar.
Baginda telah bermimpi melihat sekelompok malaikat sedang mendaki ke
langit dan sekelompok lagi sedang menurun ke bumi. Dalam mimpi tiu, Nabi Ya’qub telah melihat
Allah swt. Setelah terjaga dari tidur,
baginda berasa teramat gembira. Baginda
terus bernazar untuk membina sebuah rumah untuk beribadat kepda Allah swt. Nabi Ya’qub a.s. telah melumurkan batu besar
tempat alas tidurnya dengan minyak zaitun supaya mudah dikenali dan diingati.
Setelah itu Nabi Ya’qub a.s. meneruskan perjalanan baginda
ke negeri Fadam A’ram. Nabi Ya’qub a.s.
bertanya kepada penduduk di situ akan rumah Laban bin Bituael. Puteri Laban yang bongsu bernama Rahil, yang
kebetulan berada di situ telah membawa Nabi Ya’qub a.s. berjumpa dengan bapa
saudara baginda dan lalu Nabi Ya’qub a.s. menceritakan kisah baginda. Maka tinggallah Nabi Ya’qub a.s. di rumah
bapa saudara baginda itu.
Diriwayatkan oleh ahli-ahli tafsir bahawa Laban bin Bitauel
adalah seorang yang terkenal di negeri itu.
Namanya ialah Laban bin Bitauel bin Nahur bin Azar. Dia adalah seorang hartawan yang kaya
raya. Dia mempunyai 2 orang puteri, yang
sulung bernama Laya, dan yang bongsu bernama Rahil. Laban tidak mahu Nabi Ya’qub a.s. menikahi
anak bongsunya yang cantik dengan meninggalkan si kakak. Laban meminta Nabi Ya’qub a.s. supaya
terlebih dahulu mengahwini si kakak, kemudian baru menikahi si adik. Nabi Ya’qub a.s. bersetuju dengan syarat itu.
Mengikut syariat Nabi Ishak a.s., seseorang yang mahu
berkahwin wajib membayar mas kahwin.
Oleh kerana Nabi Ya’qub adalah seorang perantau yang miskin, Laban
menetapkan mas kahwinnya iaitu Nabi Ya’qub mesti bekerja dengannya selama 7
tahun. Setelah genap 7 tahun, maka Nabi Ya’qub
a.s. pun dikahwinkan dengan Laya.
Kerana cinta Nabi Ya’qub a.s. kepada Rahil, baginda telah
bekerja selama 7 tahun lagi sebagai mas kahwin untuk menikahi Rahil. Setelah genap 7 tahun bekerja, maka Nabi Ya’qub
a.s. pun berkahwin dengan Rahil. Nabi Ya’qub
a.s. terus tinggal di negeri Fadam A’ram.
commons.wikimedia.org |
Laban bin Bitauel memberi kedua-dua puterinya masing-masing
seorang khadam. Khadam Laya bernama
Zulfah, manakala khadam Rahil bernama Balhah.
Nabi Ya’qub a.s. jatuh hati kepada kedua-dua khadam isteri-isteri
baginda. Kedua-dua isteri Nabi Ya’qub
a.s. bersetuju untuk menyerahkan khadam mereka masing-masing untuk dinikahkan
dengan suami mereka. Hasil daripada
perkahwinan Nabi Ya’qub a.s. dengan keempat-empat orang isterinya, baginda
memperolehi 12 orang putera. Mengikut
riwayat, semua 11 orang putera baginda lahir di negeri Fadam A’ram. Hanya Bunyamin seorang sahaja yang lahir di
Palestin.
ISTERI
|
LAYA
|
RAHIL
|
ZULFAH
|
BALHAH
|
ANAK
|
Raubin
|
Yusuf
|
Jad
|
Daan
|
Syam’un
|
Bunyamin (Rahil meninggal dunia ketika lahirkan Bunyamin)
|
Athir
|
Naftali
|
|
Lawi
|
||||
Yahuza
|
||||
Yasakir
|
||||
Zabulun
|
Kesemua putera Nabi Ya’qub a.s. yang 12 orang itu mempunyai
kelebihan peribadi yang tidak terdapat pada orang lain. Dari kesemua putera Nabi Ya’qub a.s. itu
(selain Nabi Yusuf a.s.) tiada yang lebih gagah perkasa melebihi Raubin, dan
tiada yang lebih kacak dan berkat melebihi Yahuza. Dikatakan keperkasaan Raubin bahawa dia boleh
bertempik sehingga menjadikan telinga Menteri Mesir pekak dan perempuan
mengandung keguguran. Manakala Yahuza
mempunyai kelebihan pada tangannya iaitu jika dia menyentuh seseorang yang
sedang sakit, sakit itu akan menjadi sembuh dengan izin Allah swt.
Nabi Ya’qub a.s. telah diutus ke negeri Kan’an. Ketika baginda sedang sibuk berdakwah,
tiba-tiba datang sebuah angkatan perang hendak menakluk negeri Kan’an
(Nubulis). Angkatan perang itu diketuai
oleh seorang raja bernama Saljam. Raja
Saljam marah kerana menganggap Nabi Ya’qub a.s. menceroboh kawasannya.
Meletuslah pertempuran di antara Nabi Ya’qub a.s. bersama
10 orang anaknya (dengan bantuan Allah swt dan para maklaikat) menentang Raja
Saljam dan angkatan perangnya. Angkatan Nabi
Ya’qub a.s. diketuai oleh putera baginda yang kedua bernama Syam’un. Syam’un ialah anak Nabi Ya’qub a.s. yang
paling berani dan paling perkasa.
Allah swt telah memasukkan dalam hati Raja Saljam dan
angkatan perangnya rasa gementar kepada Nabi Ya’qub a.s. menyebabkan dia masuk
bersembunyi di dalam sebuah benteng (kubu).
Syam’un telah meminta izin untuk menghancurkan benteng batu itu. Setelah Nabi Ya’qub a.s. mengizinkannya,
berjalanlah Syam’um ke pintu benteng tempat perlindungan musuh itu dan terus
berdoa ke hadirat Allah swt. Setelah Syam’un
selesai berdoa, dia terus menendang pintu benteng itu, lalu pintu itu menimpa
askar-askar Raja Saljam. Maka ramailah
askar yang terbunuh. Nabi Ya’qub a.s.
bersama putera-putera baginda terus menyerbu dan mengalahkan askar Raja
Saljam. Selepas Nabi Ya’qub a.s. selesai
berperang dengan Raja Saljam, baginda telah meninggalkan negeri Kan’an dan
berpindah ke Palestin.
scholar.lib.vt.edu |
Diriwaytkan bahawa Nabi Ya’qub a.s. mempunyai wajah yang
amat kacak dan tampan, tiada tolok bandingnya pada zaman itu. Baginda termasuk dalam golongan 11 orang Nabi
yang memiliki wajah yang hampir serupa iaitu:
1.
Nabi Adam a.s.
2.
Nabi Syith a.s.
3.
Nabi Idris a.s.
4.
Nabi Ibrahim a.s.
5.
Nabi Ismail a.s.
6.
Nabi Ishaq a.s.
7.
Nabi Ya’qub a.s.
8.
Nabi Yusuf a.s.
9.
Nabi Musa a.s.
10. Nabi Harun a.s.
11. Nabi Muhammad s.a.w.
Pernah terjadi suatu peristiwa yang dahsyat di antara Nabi Ya’qub
a.s. dengan putera Raja Mesir bernama Arim al-Adi. Pada suatu hari Nabi Ya’qub a.s. sedang duduk
berhadap dengan Raja Mesir Malik Riyan bersama-sama putera baginda. Ketika itu Raja Malik Riyan menilik rupa Nabi
Ya’qub a.s. yang merupakan seorang insan yang sangat hebat ulahtingkahnya
tetapi sudah sangat tua usianya. Putera Malik
Riyan, Arim al-Adi yang sedang duduk di belakang ayahandanya itu mencelah
menyatakan bahawa Nabi Ya’qub a.s. berdusta bila menyatakan usianya ialah 120
tahun. Nabi Ya’qub a.s. terus berdoa ke
hadirat Allah swt, maka tiba-tiba dagu Arim al-Adi menjadi lanjut sampai ke
dada, dan lidahnya keluar berjulur seperti lidah anjing dan lehernya pula
menjadi pendek. Raja Mesir telah memohon
kemaafan bagi pihak anaknya. Maka timbul
rasa kasihan dalam hati Nabi Ya’qub a.s.
Baginda bersetuju memaafkan Arim al-Adi dan berdoa kepada Allah swt
untuk memulihkan wajah Arim.
Nabi Ya’qub a.s. wafat pada usia 164 tahun. Baginda dikebumikan di Kota Baitul Maqdis di
Palestin.
bersambung...
(untuk baca versi penuh yang lebih
menyeronokkan dan menarik, dapatkan bukunya)
No comments:
Post a Comment