Monday, December 17, 2012

KEMAAFAN: LOGIK DAN NILAI



 
PEMAAF



Manusia diciptakan Allah swt mempunyai  pelbagai emosi serta keinginan.  Sikap positif dan negatif sering mempengaruhi antara satu sama lain.  Pemaaf adalah satu sifat luhur yang perlu ada dalam diri.  Bukan mudah untuk menjadi seorang yang pemaaf.

Maaf adalah satu perbuatan yang sukar dilakukan memandangkan manusia sentiasa dikuasai oleh fikiran logik untuk bertindak sehingga membunuh nilai moral sebenar.  Orang yang akan masuk syurga adalah orang yang pemaaf.

Hati akan menjadi lebih tenang jika berjaya menahan marah dan menjadi seorabg yang pemaaf.  Orang yang berupaya menahan kemarahan memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan diri.

Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang.  Orang yang bersifat pemaaf selalu berada dalam keadaan tenang, memiliki hati yang bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri untuk melakukan kebaikan.

Sebaiknya sebelum tidur, maafkanlah kesalahan semua orang dengan harapan dan doa, orang lain juga akan terbuka hati untuk memaafkan kesalah kita.



No comments:

Post a Comment