KISAH 25 NABI-NABI
TARIKUDDIN BIN HAJI HASSAN
8.3 Nabi Ismail
a.s. Beristeri
Setelah dewasa, Nabi Ismail a.s. yang menjadi Nabi dan
Rasul telah diutuskan kepada penduduk Mekah, Yemen. Amaliq dan kawasan-kawasan
sekitarnya. Orang Arab Jurhum telah
mengambil Nabi Ismail a.s. menjadi menantu mereka dengan menikahkan dengan puteri
mereka yang jelita.
Pada suatu hari Nabi Ibrahim a.s. yang tinggal di Palestin
berasa sangat rindu untuk melihat kehidupan putera kesayangan baginda. Ketika Nabi Ibrahim a.s. sampai ke Kota Mekah,
putera baginda Nabi Ismail a.s., tidak ada di rumah. Menantu baginda sahaja yang ada di situ. Ketika Nabi Ibrahim a.s. bertanya kepada menatu
baginda, dia memberitahu bahawa suaminya pergi berburu dan kehidupan mereka
sangat susah. Baginda tidak memberitahu
siapa dirinya sebenar. Ketika hendak
pulang, Nabi Ibrahim a.s. berpesan kepada menantunya itu apabila suaminya balik
nanti beritahu kepadanya supaya menukarkan segera daun pintu rumahnya dengan
yang lain kerana daun pintu yang ada sekarang tidak sesuai dengan rumahnya.
Setelah Nabi Ismail pulang dari berburu, segera isterinya memberitahu
berkenaan seorang tua datang ke rumah. Isterinya
memberitahu pesanan orang tua itu kepada baginda. Maka ketahuilah Nabi Ismail a.s. bahawa yang datang
itu adalah bapa baginda, Nabi Ibrahim a.s., dan bapanya telah meminta supaya
baginda menceraikan isterinya kerana sifat dan sikap serta agamanya yang tidak
baik. Tanpa berlengah Nabi Ismail a.s.
terus menceraikan isterinya dan bernikah pula dengan seornag gadis Jurhum yang
lain.
Suatu hari Nabi Ibrahim a.s. datang lagi menziarah putera
baginda itu, dan kebetulan juga ketika itu Nabi Ismail a.s. tidak ada di rumah
kerana pergi berburu. Nabi Ibrahim a.s.
telah disambut oleh menantu kedua baginda dengan baik sekali dan mendapat
penghormatan selaku orang tua. Nabi Ibrahim
a,s, tidak memperkenalkan diri baginda kepada menantunya. Sebelum pulang, Nabi Ibrahim a.s. berpesan
kepada menantu baginda itu supaya memberitahu kepada suaminya bahawa daun pintu
rumah begitu elok sekarang. Janganlah ditukar
atau diganti lagi dengan yang lain.
Setelah Nabi Ismail a.s. pulang, isterinya menceritakan
pesan daripada seorang tua berkenaan daun pintu rumah mereka. Nabi Ismail a.s. menjawab itulah dia ayahku,
dan dia suka sekali kepada kamu.
Setelah peristiwa menyembelih Nabi Ismail a.s. berlalu
beberapa tahun, Allah swt memerintahkan Nabi Ibrahim a.s. supaya membina Ka’abah
di Mekah. Bekerjalah Nabi Ibrahim a.s.
dengan anaknya Nabi Ismail a.s. membina Ka’abah. Setelah siap, Allah swt memerintahkan Nabi
Ibrahim a.s. supaya menyeru manusia mengerjakan ibadat haji. Maka Nabi Ibrahim a.s. naik ke atas Bukit
Jabal Qubais dan menyeru manusia supaya datang mengerjakan ibadah haji di
Mekah. Nabi Ismail a.s. wafat di Mekah
ketika usia baginda 145 tahun.
bersambung...
(untuk baca versi penuh yang lebih
menyeronokkan dan menarik, dapatkan bukunya)
No comments:
Post a Comment