KISAH 25 NABI-NABI
TARIKUDDIN BIN HAJI HASSAN
8.2 Korban Nabi
Ismail a.s.
Setelah Nabi Ismail a.s. memasuki usia baligh, ayahandanya,
Nabi Ibrahim a.s. bermimpi baginda menyembelih putera baginda itu. Baginda tahu bahawa itu sebenarnya adalah
perintah Allah swt kepada baginda sebagai ujian. Siti Hajar sukar menerima dugaan itu. Sementara Nabi Isnail a.s. pula bersedia
menerima ujian itu. Maka bersiap-siaplah
tiga beranak itu menghadapi ujian Allah swt.
Sewaktu Siti Hajar keseorangan di rumah, datanglah Iblis
laknatullah ke rumah dengan menjelma sebagai seorang manusia yang salih untuk
meracuni fikiran Siti Hajar. Iblis laknatullah
gagal dan berputus asa menggoda Siti Hajar.
Si laknat itu pergi pula berjumpa Nabi Ismail a.s. Nabi Ismail a.s. memberitahu ayahnya bahawa
Iblis laknatullah telah menggodanya supaya jangan berkorban. Maka Nabi Ibrahim a.s. menyuruh Nabi Ismail
a.s. mengambil batu dan melontarkan ke arah Iblis laknatullah.
Setelah tiba masa untuk memulakan ibadat korban, Nabi
Ismail a.s. meminta Nabi Ibrahim a.s. mengikat dirinya kuat-kuat supaya kerja
ayahnya menjadi mudah. Nabi Ismail a.s.
juga meminta ayahnya membuka baju agar ibunya tidak sedih melihat darah pada
pakaian nanti. Permintaan Nabi Ismail
yang ketiga ialah pisau yang digunakan hendaklah tajam dan cepat
penyembelihannya. Permintaan ke empat ialah
sampaikan salamnya kepada ibunya dan berikan pakaiannya untuk menghibur
kerinduan ibunya.
Ketika tiba saatnya, Iblis laknatullah datang lagi menggoda
Nabi Ibrahim a.s. Tanpa menghiraukan
suara godaan untuk melemahkan iman dan semangat ketakwaan baginda terhadap
Allah swt. Nabi Ibrahim a.s. terus
membaringkan putera tercinta baginda, kemudian baginda memejamkan mata kerana
tidak sampai hati untuk melihat leher puteranya dihiris. Ketika terasa darah sudah mercik di
tangannya, Nabi Ibrahim a.s. membuka matanya dan melihat yang disembelih adalah
seekor kibasy yang besar. Nabi Ismail
a.s. sudah duduk di sisi ayahnya.
Kibasy yang disembelih oleh Nabi Ibrahim a.s. itu adalah
kibasy yang asalnya korban Habil. Ketia Nabi
Ibrahim a.s. meletakkan mata pisau di leher Nabi Ismail a.s., Allah swt
memerintahkan malaikat Jibrail a.s. supaya menukarkan Nabi Ismail a.s. dengan
kibasy.
bersambung...
(untuk
baca versi penuh yang lebih menyeronokkan dan menarik, dapatkan bukunya)
No comments:
Post a Comment