Rata-rata
muka individu yang menggunakan botox cenderung mempunyai mimik muka yang
kelihatan agak ‘keras’ dan kurang ekspresi wajah. Munurut Dr. Mohamad Faizal Mohamad Anwar,
Pakar Bedah Plastik dari Pusat Perubatan LAFA, wajah yang ‘keras’ itu berkait rapat
dengan cara dan kepakaran doktor yang menjalankan prosedur mencucuk botox.
Kedutan
wajah terhasil daripada otot-otot yang menegang. Botox akan memainkan peranan dalam menyekat
otot-otot daripada menegang.
Suntikan
botox yang bukan dilakukan oleh pakar akan Nampak kaku. Impaknya adalah wajahnya tidak akan dapat
menzahirkan emosi yang dialami. Dalam
apa situasi pun, wajahnya akan nampak sama sahaja. Kekerapan menyuntik botox juga mempunyai impak
terhadap ekspresi wajah di mana ekspresi wajah akan menjadi ‘keras’ dan botox
akhirnya tidak memberi kesan menegang kulit.
Menurut Dr.
Faizal, kaedah selain daripada Botox ialah suntikan Fillers atau Injection implant. Fillers
ini mempunyai kebolehan untuk mengebu dan menegangkan kulit. Kehadiran Hyaluronic
Acid di dalam suntikan fillers boleh mengantikan tisu yang telah hilang
dalam kulit akibat kesan penuaan dan faktor lain yang berkait denganya.
Fillers juga boleh
disuntik di bahagian tubuh yang lain seperti untuk memancungkan hidung,
memantapkan payudara, punggung dan sebagainya.
Walau
apapun teknik yang dipilih setiap yang dilakukan perlu dengan kadar sederhana.
Tentukan hanya yang benar-benar pakar sahaja boleh menjalankan prosedur
berkenaan.
MAJALAH WANITA
OKTOBER 2013
No comments:
Post a Comment