SENYUMLAH
SYED ALWI ALATAS
GALERI
ILMU SDN BHD
Ramai membenci
masalah hidup. Masalah merupakan suatu
keadaan yang memerlukan perhatian dan perlu dihadapi atau diselesaikan. Kadang-kadang ia merupakan sesuatu yang susah
untuk dihadapi dan difahami. Banyak
orang menjadi tertekan saat menghadapi permasalahan. Namun ia tetap hadir dalam kehidupan kita.
Emosi adalah kesan
secara automatik yang muncul setiap kali manusia menghadapi masalah. Kadang-kadang emosi ini muncul sebelum kita
sempat menyedarinya. Emosi perlu dikendali kerana boleh
mempengaruhi kesihatan atau lebih buruk lagi boleh mendorong seseorang
melakukan tindakan yang berbahaya pada diri sendiri. Setiap permasalahan hidup biasanya
mengakibatnya munculnya emosi tertentu. Semua
yang berlaku dalam hidup kita ada hikmahnya.
Terima sahaja dengan senyuman dan cuba belajar sesuatu daripadanya.
Masalah
adalah sesuatu yang bersifat relatif di mana tahap kesusahannya
bergantung kepada persepsi dan pandangan seseorang terhadap masalah
tersebut. Masalah juga bersifat subjektif di mana penilaian sesuatu masalah adalah dipengaruhi oleh cara bertindak balas,
persepsi dan juga faktor kekuatan dalaman seseorang. Persepsi merupakan sebuah kapasiti unik yang
haya dimiliki oleh manusia. Persepsi
membuatkan seseorang melihat gelas yang separuh berisi air sebagai ‘setengah
penuh’ atau ‘setengah kosong’; dan melihat telur separuh masak sebagai
‘setengah masak’ atau ‘setengah mentah’.
Persepi merupakan elemen penting
yang mempengaruhi penilaian seseorang terhadap ringan atau beratnya sesuatu
masalah atau musibah.
Masalah
hampir pasti akan mengubah hidup kita.
Hanya sikap dan tindak balas yang berupaya memberi bentuk yang indah
pada kehidupan itu.
No comments:
Post a Comment