Thursday, July 26, 2012

TRANS FORMASI MINDA


TRANSFORMASI MINDA

 

Semua bercakap berkenaan transformasi, tetapi yang paling penting ialah transfromasi minda.  Satu topik yang mudah dan sering diperkatakan tetapi amat sukar untuk dipraktikkan.  Satu topik yang amat suka disebut, tetapi bukan mudah untuk diterangkan.

Saya telah mengikuti satu ceramah yang amat bermakna berkenaan transformasi minda oleh Dr Shatar dari Universiti Putra Malaysia.  Di ceramah tersebut, pertama-tamanya, peserta telah diminta untuk melukis pemandangan ‘kampong saya’.  Hampir semua peserta melukis pemandangan kampong berlatarbelakangkan gunung-ganang, dengan matahari di celah gunung, sawah padi, sebuah rumah kampong, dan tidak ketinggalan sebatang pokok kelapa.  Tidak ketinggalan dilukiskan burung, dan awan, dan ada kalanya sebatang anak sungai.  Itulah gambaran ‘kampong saya’ kepada kita semua walaupun kita sebenarnya duduk di bandar.

Apa sebenarnya yang Dr Shatar nak kongsi?  Beliau sebenarnya hendak kita lihat bahawa biar pun zaman telah berubah dengan kepesatan pembangunan dan kemajuan teknologi, minda kita masih di takuk lama semasa kita mula belajar melukis di zaman kanak-kanak dulu.  Begitu juga dengan sikap sebagai bos.  Bos hanya suka memberi arahan tetapi tidak pernah melakukan apa yang diarahkan itu walaupun perkara yang mudah.  Contoh yang diberi oleh Dr Shatar adalah berkenaan dengan sampah-sampah yang kita jumpa berteraburan di pejabat.  Adakah seorang bos akan mengutipnya ataupun memanggil Mat, Pembantu Am Pejabat untuk melakukannya?  Manakah perginya contoh melalui teladan…

Jadi fikir-fikirkanlah cara untuk mentransformasikan minda kita….sesuatu yang mudah diperkatakan, sukar dilakukan.  Bila minda telah dapat diubah, baru kita mudah menerima idea dengan fikiran terbuka.  Jika tidak, kita akan sentiasa takut untuk melakukan sesuatu yang luar daripada kebiasaan.  Takut menyusahkan, bimbangkan implikasi.  Maka itu adanya projek perintis.  Cubaan ke arah kejayaan dan berani mengaku kesilapan jika tidak berjaya…..

 

No comments:

Post a Comment