Wednesday, November 6, 2013

10 cara atasi rendah diri

PERKONGSIAN
SOLUSI ISU 61
POTENSI:  Dato’ Hj Muhammad Zakaria
Rendah Hati Bukan Rendah Diri
 
Rendah diri adalah perasaan kurang menghargai diri sendiri akibat ketidakmapuan psikologi, sosial, ekonomi atau kondisi jasmani yang kurang sempurna.  Kebiasaannya orang yang rendah diri menanggap dirinya tidak memiliki kemampuan yang bermakna.  Perasaan rendah diri merugikan diri sendiri.

Sikap manusia yang rendah diri:
·         suka menyendiri
·         tidak suka bersosial
·         ragu-ragu hendak bertindak
·         tidak yakin dengan kemampuan diri sendiri
·         sentiasa mengelak persaingan dan pertandingan
·         cenderung menarik diri daripada kumpulan atau penglibatan
·         tidak berani menonjol

malu tidak sama dengan rendah diri.  Malu adalah sifat mahmudah yang harus dimiliki setiap orang kerana ia indicator mania bermoral.

Rendah hati berlainan dengan rendah diri.  Rendah hati adalah sifat mahmudah yang baik, tawaduk dan bebas daripada sikap sombong, takabur dan bangga diri, tidak meremehkan orang lain.  10 cara atasi rendah diri:
1.      akur dan redha bahawas etiap individu meliki kelemahan dan kelebihan tersendiri.  Terima kekurangan diri dan cari kelebihan diri yang lain
2.      anggap potensi dan kemampuan setaraf dengan orang lain
3.      tanam keinginan untuk terus belajar ke peringkat lebih tinggi
4.      luaskan pergaulan denan orang positif dan optimis.  Tingkatkan keyakinan diri.
5.      Pegang teraju diri
6.      Jangan anggap kegagalan petanda berakhirnya satu kehidupan
7.      Mulai perbualan dengan rajin bertanya
8.      Teliti dan tingkatkan penampilan.  Bentuk penampilan baru.
9.      Sentiasa bersikap tenang dlam pengendalian diri (self-control)
10. Salur sumbangan


No comments:

Post a Comment