Sukar
untuk menentukan keikhlasan seseorang. Keikhlasan
tidak boleh dinilai hanya berdasarkan kata-kata atau catatan. Kuasa, kekayaan dan pengaruh banyak menguji
keikhlasan seseorang.
tidak
rugi sekiranya tidak terkenal
tidak
rugi sekiranya tidak disanjung
janganlah
gusar jika menjadi orang yang tercela di mata manusia
jadilah
manusia terpuji dan terhormat di sisi Allah swt
Penyakit
riak atau berbuat sesuatu kerana mengharapkan agar dilihat dan dipuji manusia,
bukan mengharapkan keredaan Allah adalah penyakit berbahaya yang boleh menimpa
sesiapa saja. Riak dianggap satu
daripada penyakit rohani.
Menurut
Imam Al-Ghazali, riak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan
memperlihatkan kepada mereka hal-hal kebajikan.
Imam Habib Abdullah Haddad pula berpendapat riak ialah menuntut
kedudukan atau meminta dihormati daripada orang ramai dengan amalan yang
ditujukan untuk akhirat.
Lawan
riak adalah ikhlas. Beberapa perkara
perlu diperhatikan agar dapat meraih keikhlasan:
- memahami dan sentiasa berusaha mengingati
kedudukan ikhlas bagi sahnya sesuatu amal
- berusaha untuk sentiasa memahami serta
mengingati besar dan bahayanya dosa riak
- bergaul dengan rakan yang soleh
- keikhlasan itu hendaklah dilatih dan
dibiasakan sebagaimana pepatah ‘alah bisa tegal biasa.’
- bertaubat adalah jalan terbaik bagi mereka
yang melakukan dosa atau yang terlanjur perbuatannya
Keikhlasan
itu sesuatu yang sangat berharga. Ianya
menuntut pelbagai usaha bagi mencapainya dan setiap usaha pula pasti bermula
dengan keterpaksaan. orang yang berjaya akan memaksa dirinya
untuk berubah dan orang yang gagal hanya berubah apabila terpaksa.
RUJUKAN:
1. Mencari keikhlasan dalam diri Oleh
Amran Zakaria, BERITA HARIAN 11 DISEMBER 2012
No comments:
Post a Comment