KISAH 25 NABI-NABI
TARIKUDDIN BIN HAJI HASSAN
KISAH 3
NABI NUH a.s
Allah s.w.t. mengutus hambaNya bernama Syakirin anak kepada
Lamak anak Mattusyalikh anak Nabi Idris a.s. untuk membimbing kaumnya kembali
menyembah Allah s.w.t. Allah s.w.t.
telah menukar nama Syakirin kepada NUH yang bererti ‘orang yang sengsara sedih
kerana melihat kaumnya yang berdegil tidak mahu beriman kepada Allah s.w.t.’
Kaum Nabi Nuh a.s. menyembah (5) jenis berhala bernama Wad, Suwa, Yaghuth, Ya’uq dan Nasr. Walaupun diejek oleh kaumnya, Nabi Nuh a.s. terus mengajak kaumnya supaya beriman. Setelah puas memujuk, Nabi Nuh a.s. akhirnya berdoa ke hadhirat Allah s.w.t. Allah s.w.t. telah memerintahkan Nabi Nuh a.s. supaya membina sebuah kapal dari pohon kayu yang telah ditanam sebelum ini.
Kaumnya telah mengejek sambil ketawa perli melihat Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya membina kapal itu. Nabi Nuh a.s. terus mengingatkan mereka bahawa bala Allah s.w.r. akan menimpa mereka tidak lama lagi.
Kapal Nabi Nuh a.s. pun siap dibina. Mengikut riwayat, kapal tersebut mempunyai tujuh (7) tingkat untuk menempatkan semua jenis makhluk. Kaumnya berasa sangat marah dan memutuskan untuk membakar kapal tersebut. Kapal tersebut tidak dimakan api dan sedikit pun tidak rosak. Kaumnya merasa tidak puas hati. Kali ini mereka bercadang untuk membuang najis ke dalam kapal Nabi Nuh a.s. Semua orang, sehingga yang cacat pun turut membuang najis di dalam kapal Nabi Nuh a.s. Diriwaytkan beberapa orang buta turut memanjat kapal Nabi Nuh a.s. untuk membuang najis. Tiba-tiba salah seorang daripada mereka tergelincir dan terjatuh ke dalam kapal yang penuh dengan najis itu. Dengan kuasa Allah s.w.t., setelah muka orang buta itu tersembam ke dalam najis-najis itu, dengan tidak semena-mena dia boleh melihat semula. Sebaik mendengar berita itu, maka berduyun-duyun kaumnya yang cacat datang untuk mendapatkan najis tersebut bagi mengubati kecacatan mereka. Akhirnya bersihlah kapal Nabi Nuh a.s. itu.
Allah s.w.t. telah memerintahkan nabi Nuh a.s. agar memasukkan semua makanan dan keperluan ke dalam kapal itu. Semua jenis binatang berpasangan dimasukkan. Begitu juga dengan semua jenis benih tanaman di bawa masuk ke dalam kapal. Pembahagian pengisisan adalah seperti berikut:
- Tingkat 1: diisi dengan pakaian dan barang-barang pusaka peninggalan Nabi Adam a.s., Siti Hawa, Nabi Syith a.s. dan Nabi Idris a.s.
- Tingkat 2: ditempatkan para pengikut Nabi Nuh a.s.
- Tingkat 3: ditempatkan semua jenis burung, berpasangnan
- Tingkat 4: ditempatkan semua jenis binatang jinak, berpasangan
- Tingkat 5: ditempatkan semua binatang liar yang mengigit
- Tingkat 6: ditempatkan rumput rumpai
- Tingkat 7: ditempatkan semua jenis benih dan bijian.
Semua sanak saudara Nabi Nuh a.s. trurut serta naik kecuali dua (2) orang iaitu isteri baginda, Wafilah, dan seorang anak baginda bernama Kan’an. Setelah semua naik ke kapal tersebut, hujan pun mula turun dengan lebatnya. Manakala bumi mula memuntahkan air. Akhirnya seluruh bumi ditenggelami air yang memusnahkan semua kaum Nabi Nuh a.s.
Pelayaran kapal Nabi Nuh a.s. mengambil masa selama kira-kira tujuh (7) bulan. Selama itu juga, najis binatang dan manusia semakin bertambah sehingga keaadan begitu memualkan. Maka Nabi Nuh a.s. pun berdoa kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t telah mewahyukan melalui Malaikat Jibrail a.s. agar Nabi Nuh a.s. menyapu dengan tangan baginda belalai seekor gajah. Maka tiba-tiba keluar dari dalam badan gajah itu berpuluh-puluh ekor babi. Babi-babi itu dengan lahapnya memakan najis-najis itu sehingga bersih kapal Nabi Nuh a.s.
Iblis laknatullah yang melihat keadaan itu merasa sakit hati. Lalu Iblis laknatullah mengosok belakang babi dengan cara yang dilihat diajarkan oleh Malaikat Jibrail a.s. kepada Nabi Nuh a.s. Tiba-tiba keluar dari badan babi itu begitu banyak tikus. Semua tikus-tikus itu terus mengerik kapal Nabi Nuh a.s. sehingga menjadi berlubang-lubang. Nabi Nuh a.s. dan penikutnya dicengkam kebimbangan kalau nanti kapal itu akan tenggelam.
Melihat keaddan itu, Malaikat Jibrail a.s. menyuruh Nabi Nuh a.s. menyapu belakang harimau. Dengan kuasa Allah s.w.t. maka tiba-tiba keluar dari badan harimau itu kucing yang banyak. Kucing-kucing itu telah memakan hingga habis tikus-tikus tersebut. Segala usaha jahat Iblis laknatullah dapat dipatahkan oleh Nabi Nuh a.s. berakhir dengan Iblis laknatullah putus asa.
Setelah semua orang kafir termasuk isteri dan seorang anak Nabi Nuh a.s. musnah mati dalam kejadian banjir besar itu, Allah s.w.t. mengeringkan kembali bumi. Allah s.w.t. memerintah langit supaya berhenti menurunkan hujan, dan memerintah bumi menelan seluruh air yang banyak itu. Ketika air banjir semakin surut, bahtera Nabi Nuh a.s. juga turun dan tersadai di atas puncak Bukit Judi.
Nabi Nuh a.s. mengetuai kaumnya serami 83 orang turun ke darat. Semua binatang yang berpasang-pasang itu dilepaskan untuk menjalani kehidupan dan membiak. Benih-benih dikeluarkan untuk ditanam semula di bumi. Sebelum Nabi Nuh a.s. turun ke bawah Bukit Judi, baginda terleih dahulu menyuruh itik terbang mencari tempat yang sudah kering untuk mereka membina penghidupan. Itik terbang dengan sangat gembiranya higga terlupa kepada pesanan nabi Nuh a.s. Setelah sekian lama menunggu, itik tidak juga balik. Maka Nabi Nuh a.s. memerintahkan merpati keluar mencari tanah yang sudah kering. Kerana sangat gembira seperti itik, burung meroati juga leka bermain air sehingga kakinya yang putih menjadi merah. Setelah kakinya menjadi merah barulah burung merpati teringat pesanan Nabi Nuh a.s., lalu segera dia pulang untuk memberitahu Nabi Nuh a.s.
Setelah burung merpati pulang, Nabi Nuh a.s. terus memanjatkan doa kepada Allah s.w.t. supaya menjadikan burung merpati jinak. Selang beberapa hari itik pulang dan terus mengadap Nabi Nuh a.s. Baginda dangat marah dan terus menyumpah itik semoga kekuatan sayap itik diambil Tuhan dan itik mencari kehidupan di tempat-tempat kotor di bawah dapur rumah orang. Sejak itu itik tidak dapat terbang tinggi dan menari makan di bawah dapur rumah orang.
Nabi Nuh a.s. dan kaumnya membina kehidupan bercucuk tanam dan menternak. Nabi Nuh a.s. menjalani kehidupan selama 1,700 tahun (setengah riwayat menyebut 1,400 tahun, ada yang menyebut 1,200 dan ada yang menyebut 1,000 tahun) wafatlah baginda. Tubuh Nabi Nuh a.s. tetap tegap dan tidak berkedut. Baginda kacak sampai ke akhir hayatnya.
bersambung...
(untuk baca versi penuh yang
lebih menyeronokkan dan menarik, dapatkan bukunya)
No comments:
Post a Comment