Tuesday, May 3, 2016

PUNCA MASALAH PENGHADAMAN



          Kebanyakan masalah kesihatan berpunca daripada apa yang kita makan.  Makanan yang kita makan akan melalui usus/kolon/.  Ini akan mengakibatkan usus/kolon menjadi kotor atau tersumbat, kesannya adalah masalah penghadaman.

PUNCA MASALAH PENGHADAMAN
1.
Stres
·         Apabila mengalami stres, tubuh akan mengalihkan tenaga, darah, enzim dan oksigen daripada organ penghadaman ke tempat lain di dalam badan

2.
Antibiotik
·         Boleh membunuh bakteria “baik” dalam sistem penghadaman

3.
Diet tidak seimbang
·         Pengambilan makanan yang sudah diproses dan makanan berlemak setiap hari akan memberi tekanan kepada sistem penghadaman kerana ia perlu kerja lebih masa untuk memecahkan atau mengurai makanan tersebut

4.
Diet Rendah Serat
·         Serta diperlukan untuk mengeluarkan sisa menerusi usus.
Kekurangannya boleh mengakibatkan sembelit

5.
Nitrat
·         Didapati dalam ikan bakar dan jeruk (pernah dikaitkan sebagai punca kanser perut)

6.
Merokok dan alcohol

7.
Tabiat makanan
·         Makan ketika bimbang, cemas atau kecewa akan akibatkan perut kembung serta ketidak hadaman dalam perut

8.
Ubat-ubatan
·         Hampir semua dadah/ubat dan kimia memudaratkan sistem penghadaman.


Detosifikasi adalah proses membuang bahan kumuh (toksin dalam badan).  Antara kelebihan detoks adalah ia melambatkan kesan penuaan,  Meningkatkan kesuburan, mengurangkan jerawat, mengelakkan penyakit seperti buasir, kanser usus, menguatkan tubuh badan imunisasi dan sebagainya.  Bagi mengalakkan proses detoks semula jadi, jagalah makan dan juga minum air kosong.

Buah-buahan perlu dimakan tanpa dicampur dengan makanan lain kerana ia mengandungi enzim yang tinggi.

INFO
BAHAYA PERUT BUNCIT PADA WANITA
1.
Kanser ovari
2.
Kanser Rahim
3.
Kanser Payudara
4.
Penyakit Jantung

Perkongsian dari
Ketahui Punca Masalah Penghadaman,
i-Sihat
Mac 2012

No comments:

Post a Comment