Wednesday, December 25, 2013

AMAL ITU PADA NIATNYA

PERKONGSIAN
AT-TAQWA ISU 5
Credit to: http://susu-pekat-manis.blogspot.com

Tanpa niat segala amalan sya’ie seperti solat, zakat, puasa, wuduk, mandi wajib, iktikaf dan seumpamanya menjadi tidak sah.  Niat juga membezakan antara amalan biasa dengan ibadat.

Imama Nawasi menjelaskan 3 darjat niat:
1.      ibadat para hamba (orang biasa)
·         melakukan sesuatu kerana takut kepada Allah swt
2.      ibadat para pedagang
·         melakukan sesuatu kerana mengharapkan pahala dan syurga
3.      ibadat orang yang merdeka
·         melakukan sesuatu kerana malu kepada Allah swt

Niat adalah satu perkara yang amat penting dalam Islam.  Dan niat itu di dalam hati.  Allah swt menilai dan membalas amalan perbuatan kita berdasarkan kepada  niat dalam hati kita.  Niat tidak akan mengubah hokum haram perbuatan.  Semak niat kita.  Betulkan niat kerana Allah swt.  Tanyalah niat dan keikhlasan hati sendiri.

Ingatlah, niat itu sangat penting.  Hidup kita ditentukan oleh niat.  Niat yang baik akan membawa kebaikan.


No comments:

Post a Comment