PERKONGSIAN:
BERITA
HARIAN, 29 NOVEMBER 2013
FAMILI
Oleh Nor Hatina Shuib
Rujukan: Dr Sng Kin Hock
Perunding Pakar
Nuerologi
Pusat Perubatan Pantai
Hospital Kuala Lumpur
credit: gambar-lucu.com |
Narkolepsi
ialah penyakit gangguan tidur yang boleh berlaku kepada manusia atau
haiwan. Jika tertidur disebabkan tekanan
atau letih bekerja, bukan penyakit narkolepsi.
Individu
yang mengalami narkolepsi biasanya tidak dapat menahan rasa mengantuk yang datang
secara tiba-tiba. Mereka akan tertidur
tanpa mengira situasi dan keadaan atau dalam apa aktiviti sekali pun. Mereka bukan pengsan dan boleh sedar sekiranya
dikejutkan.
Situasi
ini menyebabkan segala aktiviti terganggu dan boleh menjejaskan kualiti kerja
dan hidup. Tidak semua ornag tahu
berkenaan penyakit ini. Penyakit ini
hanya boleh dikesan melalui bacaan graf yang dijalankan pakar neurologi.
Penyakit
neurilogi ini ada kaitan dengan kekurangan protein hipokretin (sejenis kimia
dalam otak yang ada hubung kait dengan sistem saraf). Penyakit ini mempengaruhi bahagian otak yang
mengawal dan mengatur tidur. Ianya adalah
penyakit genetik.
No comments:
Post a Comment