Tuesday, April 4, 2017

MENCARI KEJAYAAN



 

Biasanya kejayaan diukur berdasarkan prestasi yang telah dicapai.  Namun, kita sering lupa bahawa kejayaan juga boleh diukur melalui bilangan yang dicapai untuk mengatasi kesukaran.

 

Kegagalan dilalui + Pengalaman ‘pahit’ = Keunggulan diri

 

Kita lebih banyak pelajaran yang akan  meningkatkan kebijaksanaan daripada kegagalan yang dilalui.  Kegagalan akan membuka minda dan membuat kita menyelidiki dan mempelajari untuk membaiki apa yang tidak betul; dan juga memberi ruang untuk mencuba pendekatan baru.  Pengajaran dan pengalaman akan mematangkan kita.

 

5 LANGKAH KEARAH KEJAYAAN

Langkah I

Cari tujuan hidup

- cari dalam diri sendiri

- buat misi yang memberi semangat dan inspirasi

- keluar dari/tinggalkan zon selesa

- jadi insan yang luar biasa (berani mencuba, tahan kritikan, dan tabah)

 

Langkah II

Amalkan prinsip

- anggap kerja adalah ‘bapa’, integrity ialah ‘ibu’

- usaha secukup dan sepatutnya

- anak kunci kecemerlangan dankemajuan kerjaya ialah kualiti dan produktiviti

- keseronokan bekerja adalah rahasia kejayaan dan kekayaan

 

Langkah III

Semarakkan semula semangat

- ubah/baharui sikap terhadap perkrjaan dankerjaya

- punyai motivasi diri

- bina hubungan baik dengan orang bagus di sekeliling

- wujud persekitaran kerja yang baik

- cari cabaran baru

 

Langkah IV

Kongsi strategi kejayaan

- ambil berat tentang kejayaan orang lain

 

Langkah V

Jangan mengalah

- undur setapak, renung sejenak dan analisa keadaan

- cuba, dan terus mencuba

- cipta keadaan minda yang bersemangat

- ubah dalaman untuk ubah luaran

 

 

Tips kejayaan

  1. Kenali dan fahami diri
    1. Cari kekuatan diri
      1. Berupayan menahan kemarahan ketika dalam keadaan yang amat marah
      2. Berupaya mencegah kemungkaran dan kemaksiatan di depan mata
      3. Berupaya menerima nasihat dan pengajaran yang baik
      4. Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada
      5. Sentiasa mempertingkatkan ilmu kebaikan
      6. Mempunyai akhlak yang baik
    2. Ketahui kenunikan diri
      1. Harta yang paling bernilai adalah imej diri
      2. Kasih, cinta dan hormat kepada diri sendiri
    3. Jadi insan yang cekal
      1. Bina kekuatan Rohani
      2. Miliki pengetahuan mengebai rahasia ujian
      3. Anggap masalah sebagai tanda kehidupan
    4. Urus emosi
      1. Bina rasa hormat diri
      2. Elak daripada terlalu sensitive dan mudah tersinggung
      3. Berani menerima kenyataan dan hadapi dengan penuh rasa tanggungjawab
    5. Motivasi diri
      1. Baiki imej diri
      2. Berfikiran positif
      3. Bersedia untuk berubah
      4. Tegas dengan diri sendiri

 

  1. Penampilan diri
    1. Jadikan diri berkarisma
      1. Sayangi dan hargai hidup anda
      2. Sentiasa bersyukur
    2. Betulkan tabiat dan kelakuan
      1. Selalu ingin menang
      2. Meletakkan standard kita atas diri orang lain
      3. Gemar membuat komen yang membinasakan
      4. Menjatuhkan maruah orang lain
      5. Bercakap besar
      6. Bercakap bila marah
      7. Gagal beri penghargaan dan pengiktirafan
      8. Kedekut beri pujian dan sanjungan
      9. Suka sorok maklumat
      10. Enggan kongsi ilmu
      11. Mengambil kredit atas kerja orang lain
    3. Tumpukan kepada tabiat yang harus pemimpin hentikan
    4. Bina tanggapan pertama
      1. Jadikan kehadiran anda sirasai dan pemergian anda dirindui
      2. Jadikan tanggapan pertama yang positif
      3. Tanggapan pertama sering kekal
    5. Jadi pendengar yang hebat
      1. Dengar dan dengar betul-betul
      2. Jangan menyampuk
      3. Jangan habiskan ayat atau percakapan orang lain
      4. Jangan berkata saya dah tahu
      5. Jangan guna perkataan negatif
      6. Buang sifat yang menunjukkan anda lebih bijak, lebih tahu dan sebagainya
    6. Amalkan seni dalam percakapan
      1. Jangan menyakiti hati orang yang mendengar
      2. Orang yang bijak berkomunikasi disukai kerana memiliki daya tarikan yang tinggi dan mempesona
    7. Menguasai atau dikuasai
      1. Hidup ini adalah
        1. 10% apa yang terjadi pada diri
        2. 90% adalah cara kita bertindak balas
      2. Kita tidak dapat mengawal sega;a yang berlaku di sekeliling kita, tetapi kita boleh mengawal reaksi kita
    8. Sekuntum senyuman
      1. Boleh meringan kesedihan dan kedukaan hati
      2. Memberi sinar ketenangan
      3. Ubat hati yang mujarab
    9. Jadikan diri bermagnet dan disukai
      1. Bel;ajar mengingati nama
      2. Jadi orang yang disenangi
      3. Jadi pendengar yang baik
      4. Beri pujian ikhlas dan ucapan penghargaan
      5. Elak egois
      6. Pamerkan sifat merendah diri
      7. Pupuk kualiti diri yang menarik
      8. Utamakan bantuan kepada orang lain dahulu
      9. Praktikkan sifat sukakan orang, hormatkan orang
      10. Dalami ilmu kemanusiaan
      11. Ucapkan tahniah atas kejayaan seseorang
      12. Nyatakan rasa simpati ata kedukaan atau kegagalan orang lain
      13. Kongsi perasaan anda
      14. Belajar menyukai dan menghormati dir sendiri terlebih dahulu

 

  1. Cipta kebahagiaan
    1. Ketenteraman jiwa
    2. Mengatasi masalah yang dihadapi
    3. Menghargai dan meghormati perbezaan dankeunikan diri manusia
    4. Mengenali orang sekeliling kita
    5. Membina persahabatan yang berasaskan kefahaman dan kepercayaan yang mendalam
    6. Berterima kasih dan bersyukur

 

  1. Pupuk kejayaan
    1. Miliki minda yang kuat dan hati yang lembut
    2. Perlukan kesabaran, kesungguhan yang tidak berbelah bagi
    3. Cipta kelainan dan keunikan
    4. Berani mengambil risiko
    5. Disiplin diri, ibu kepada kunci kejayaan
    6. Tidak berlengah
    7. Tidak putus asa
    8. Jana idea kreatif
    9. Kelilingi diri dengan orang yang boleh bina diri kita

 

No comments:

Post a Comment