Sunday, August 3, 2014

5 RACUN HATI



PERKONGSIAN DARIPADA:
MANAJEMEN QALBU ULAMA SALAF
Syaikh Dr Ahmad Farid
463 mula surat
 
Segala kemaksiatan adalah racun hati danmengakibatkan timbulnya penyakit hati.  Terdapat 5 racun hati yang paling banyak dan paling berat pengaruhnya terhadap kehidupan.

5 RACUN HATI
1
Banyak Bicara (Malapetaka Lidah)
Paling banyak menjerumus manusia ke dalam neraka
  1. Membicarakan sesuatu yang tidak penting
  2. Menuduh melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukannya (ghibah)
    • Membicarakan:
      • saudara yang tidak hadir
      • dengan sesuatu yang tidak disukai bila dia mendengarnya
      • baik berupa kekurangan pada tubuh, nasab, perangai mahupun pakaian
    • Orang yang mendengar ghibah bersekutu di dalamnya dan tidak terlepas dari dosa kecuali:
      • mengingkarinya secara lisan dan
      • harus meninggalkan tempat itu atau
      • mengalih topic perbualan
    • amal kebajikan orang yang suka mengatakan sesuatu berkenaan orang lain akan dipindahkan kepada orang yang dikata itu
  3. mengadu domba (namimah)
    • bicara antara manusia dengan tujuan merosakkan suasana dan memulakan permusuhan dan kebencian
    • perangai tercela kerana menjadi punca terjadinya
      • fitnah’pemutus hubungan
      • penanam rasa dengki
      • pemecah belah
      • permusuhan antara 2 saudara
    • namimah juga meliputi tindakan membuka sesuatu yang tidak harus dibuka kerana boleh menimbulkan perasaan tidak suka pada orang tertentu
    • penerima adu domba hendaklah:
      • tidak mempercayainya
      • melarang adu domba
      • menasihati pengadu
      • membenci pengadu domba kerana Allah swt
      • jangan berprasangka buruk kepada saudaranya
      • jangan sampaikan adu domba walau pun untuk mencari kebenaran cerita
      • jangan jadi pengadu domba seterusnya
  4. memuji
    • berlebihan akan mendatangkan dusta
    • membangkitkan perasaan sombong dan bangga hati (besar kepala)
2
Pandangan Yang Berlebihan
Melepaskan pandangan kepada sesuatu secara penuh dan melihat sesuatu yang tidak halal baginya
Malapetaka pandangan berlebihan:
  1. menjurus kepada perbuatan maksiat
  2. memecah belah hati serta menjauhkannya daripada Allah swt
  3. membuat hati menjadi lemah dan sedih
  4. membuat hati menjadi gelap
  5. membuat hatimenjadi keras dan menutup pintu ilmu
  6. membuat syaitan mudah masuk ke dalam hati
  7. membuat terjerumus ke dlaam kelalaian mengikut hawa nafsu
  8. mencederakan hati sendiri
  9. memicu timbulnya perasaan pilu, sedih dan merana
  10. melukai hati dengan luka yang bertindih-tindih
  11. menghilangkan cahaya mata hati
  12. menjerumuskan hati ke dalam tawanan syaitan
  13. menimbulkan kelalaian kepada Allah swt
  14. membuatkan hati menjadi mabuk asmara
3
Bergaul Secara Berlebihan
Penyakit kronik yang mendatangkan segala macam keburukan
4 kelompok manusia dalam bergaul:
  1. orang yang bergaul dengannya seperti makanan (nutrisi) yang tidak boleh dielakkan siang dan malam
    • orang yang memiliki ilmu pengetahuan tentang Allah swt dan selalu memberi nasihat
  2. orang yang bergaul dengannya seperti ubat; diperlukan ketika sakit; di waktu sihat, tidak perlu bergaul dengannya
    • orang yang diperlukan untuk memenuhi tuntuttan hidup seperti bermu’amalah
  3. orang yang bergaul dengannya seperti penyakit yang beragam dan bervariasi dari segi kekuatan dan kelemahan
    • orang yang:
·   ucapannya seperti tongkat yang menghentam hati orang yang mendengarnya
·   bangga dengan ucapan nya sendiri
  1. orang yang bergaul dengannya adalah kebinasaan yang sesungguhnya
    • ahli bid’ah
4
Makan Berlebihan
Punca segala penyakit adalah makan berlebiuhan
5
Tidur Berlebihan
Membuat hati mati, badan terasa berat, sering lalai dan malas
Makruh tidur antara solat subuh dan terbit matahari kerana waktu itu adalah permulaan dan pembukaan siang yang merupakan waktu turun rezeki, datangnya pembahagian dan hadirnya barakah

No comments:

Post a Comment