Sunday, August 3, 2014

KEADAAN HATI




PERKONGSIAN DARIPADA:
MANAJEMEN QALBU ULAMA SALAF
Syaikh Dr Ahmad Farid
463 mula surat
 

Hati adalah raja sedangkan anggota tubuh adalah pelaksana perintah dan penerima petunjuk.  Oleh itu, adalah amat penting untuk mengubati penyakit-penyakit hati.  Iblis laknatullah akan sentiasa menghantar rasa was-was, dan menyerang hati dengan pelbagai syahwat, serta menggodanya dengan hal-hal dan perbuatan yang menyesatkan.

JENIS-JENIS HATI
  1. HATI SIHAT (HIDUP DAN KHUSYU’)
1.    Membuat pemiliknya selamat pada hari kiamat
  1. HATI MATI (ERING DAN MATI)
·         Tidak mengenal tuhan
·         Mencintai kerana hawa nafsu
·         Pemimpinnya adalah hawa nafsu; syahwat adalah komandannya; kebodohan adalah peruntunnya; dan kealpaan adalah kenderaannya
·         Sentiasa sibuk memikirkan duniawi
·         Dunia membuatnya merasa benci dan suka.  Hawa nafsu membuatnya tuli dan buta
·         Bergaul dengan pemilik hati mati adalah penyakit, berteman dengannya adalah racun, dan duduk dengannya adalah petaka
  1. HATI SAKIT
·         Adakala lebih dekat kepada keselamatan; dan adakala lebih condong kepada kehancuran
·         Unsur kehidupan
o   Memiliki kecintaan, keimanan, keikhlasan dan kepasrahan kepada Allah swt
·         Unsuk kebinasaan dan kehancuran
o   Juga memiliki kecintaan kepada syahwat, dorongan untuk memprioritaskannya, dan ketamakan untuk mendapatkannya, serta perasaan dengki, ujub (bangga hati), sombong, selalu ingin di atas, senang terhadap kesusahan dan gila pangkat/darjat

Hati perlu dijaga daripada bisikan syaitan.  Untuk itu, kita perlu menjaga pintu-pintunya, jalan-jalan masuknya, dan celah-celah yang boleh dimasukkinya; iaitu sifat-sifat manusia yang jumlahnya begitu banyak.  Antara pintu-pintu besar yang berfungsi sebagai gerbang yang tidak pernah sempit ialah:



Cara untuk menutup celah-celah pimtu yang boleh dimasukki syaitan adalah dengan:
    1. Membersihkan hati dari 7 gerbang kemasukkan syaitan yang disebutkan di atas dengan melakukan zikir kepada Allah swt dan mengucapkan ‘laa haula wala quwata illa billah’
    2. Mengisi hati dengan takwa
Secara fitrah, hati manusia berpotensi menerima pengaruh baik dan juga berpotensi menerima pengaruh syaitan.





No comments:

Post a Comment