Thursday, August 7, 2014

PENYAKIT RIYA’



PERKONGSIAN DARIPADA:
MANAJEMEN QALBU ULAMA SALAF
Syaikh Dr Ahmad Farid
463 mula surat

Riya’ berarti mencari kedudukan di dalam hati manusia dengan memperlihatkan perbuatan baik kepada mereka. 


1.      Riya’ dalam urusan agama denngan badan adalah dengan menampilkan kekurusan dan kepucatan untuk memberi kesan adanya kerja keras dan kesedihan yang besar terhadap urusan agama.
2.      Riya’ dengan penampilan dan pakaian
·         Menundukkan kepala saat berjalan
·         Membiarkan bekas sujud di muka
3.      Riya’ dengan ucapan ialah riya’ ahli agama melalui ceramah, peringatan, menyampai kata hikmah dan menggerakkan bibir dengan zikir di hadapan orang ramai.
4.     Riya’ dalam perbuatan seperti riya’ yang dilakukan oleh orang yang solat dengan memanjangkan waktu berdiri, rukuk dan sujud.
5.      Riya’ dengan murid dan tamu adalah seperti orang yang memaksa diri mengundang seorang ulama untuk berkunjung ke rumahnya.
Untuk mengubat penyakit ini:
1.      Menghindar dari asalnya iaitu hinder mencintai nikmatnya pujian, hinder sakitnya makian, dan mengharap apa yang ada di tangan manusia.
2.      Mengusir segala riya’ yang tiba-tiba muncul pada waktu melaksanakan ibadah.
 

No comments:

Post a Comment