Thursday, December 20, 2012

DOA HAIKAL



DOA HAIKAL

Adalah diriwayatkan oleh Rasulullah SAW pada suatu hari sedang baginda duduk di dalam masjid Madinah, maka Jibril pun datang membawa firman.  Ujarnya,”Ya Rasulullah.  Salam Allah Ta’ala pada tuan hamba dan firmannya:  Hai kekasihku adapun doa haikal (7 doa ini) dihantarkan pada tuan hamba.
  • Maka barangsiapa tiada percaya akan doa ini, kafirlah ia dan barangsiapa membacanya atau menyimpannya maka Allah SWT melepaskan dia dan ibu bapanya daripada api neraka.
  • Ya Muhammad.  Barangsiapa menaruh doa ini di dalam rumahnya, maka tiada boleh masuk jin dan syaitan ke dalam rumahnya itu.
  • Barangsiapa suratkan doa ini dan dipakai diperbuat tangkal(azimat),
    • nescaya lepaslah ia daripada azab sengsara dan wabak,
    • serta duduk dalam aman.
  • Dan barangsiapa menaruh doa ini,
    • sentiasalah ia dihormati orang dan termulialah ia pada orang ramai
    • dan ketika hendak mati pun tiadalah ia merasai azab sakaratulmaut itu.  Maka dengan mudah sahaja nyawa itu keluar.
  • Barangsiapa membaca doa ini tiap tiap hari, dan jika tidak boleh membacanya diperbuatnya azimat. Nescaya beroleh pahala umpama
    • membaca 70,000 kali khatam Qur’an dan
    • 70,000 mati syahid dan
    • 70,000 kali naik haji dan
    • mendapat kebajikan seumpama membuat 70,000 masjid dan
    • seperti memerdekakan 70,000 hamba dan
    • seperti menjamu 70,000 orang berbuka puasa dan
    • mendapat pahala 70,000 orang hafiz qur’an dan
    • beroleh kebajikan kemenangan 70,000 orang perang syahid dan
    • pahala 70,000 alim dan 70,000 abid dan 70,000 malaikat dan 70,000 orang yang berakal dan 70,000 nabi dan
    • kebajikan dan beroleh kekayaan dan kebesaran Jibril, Mikail, Israfil, ‘IzrailAlaihissalam.
  • Ya Muhammad SAW.  Barangsiapa menaruh maka dengan berkatnya terlepaslah ia daripada segala orang yang membuat fitnah dan luputlah ia daripada sekelian bala dan jika ada ia berhutang, nescaya terlepaslah ia daripada hutangnya itu dan segala musuhnya pun binasalah.”

Kisah benar pada zaman dahulu: Ada seseorang yang terkena tohmah mencuri di negeri Baghdad.  Maka dibawa orang akan dia mengadap hakim negeri itu kemudian dijatuhkan hukuman bunuh ke atasnya.  Maka dipancung oleh tukang pembunuh akan dia.  Tiada luka.  Diselamkan ia di dalam air. Tiada lemas.  Kemudian dibakar ia akan dia.  Itupun tiada terbakar.  Maka apabila dilihat oleh hakim akan hal yang demikian, lalu bertanya hakim, “Apakah amalan yang menyebabkan suatu perkara pun tiada boleh mencederakanmu?”  Maka sahut pencuri itu, “Ada di kepala hamba fadhilat doa haikal. Maka oleh berkat doa itu, suatu perkara pun tiada boleh mengenai hamba dan suatu bala pun tiada dapat menghampiri hamba.”  Maka apabila didengarnya oleh hakim akan kata kata pencuri itu.  Lalu dibawanya menghadap raja serta dipersembahkannya sekalian hal pencuri itu.  Maka baginda mengurniakan pencuri tersebut seberapa banyak harta dan melepaskannya.

Kemudian fadhilat doa haikal itupun disuruh salin dan ditaruh padanya.  Adapun khasiat doa haikal ini terlalu banyak.  Sekadar diambil ringkasannya sahaja di sini.  Sesungguhnya tiadalah syak lagi.  Barangsiapa tiada percaya doa ini nescaya menjadi kafir Nauzubillahi min suuil i’tikad

Dan doa haikal tersebut sebenarnya adalah susunan daripada ayat-ayat Quran Al-Karim dari beberapa surah seperti berikut:

Doa Sendi Pendirian Tujuh HaIkal terdiri atas tujuh doa:

 
HAIKAL PERTAMA : AYATUL KURSI (AL-BAQARAH: 255)
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang.
Aku Berlindung diri kepada Allah Yang Tinggi dan Agung.

اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ {255 hal Baqara}
Allah tiada tuhan melainkan Dia yang hidup dan kekal lagi terus menerus mengurus (makhluknya); tidak mengantuk dan tidak tidur.  Kepunyaan Nya apa di langit dan di bumi.  Siapakah yang dapat memberi syafa'at disisi Allah tanpa izinnya?  Allah mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki.  Kursi Allah meliputi langit dan bumi.  Dan Allah tidak merasa berat memeliharakeduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.


 
HAIKAL KEDUA : ALI IMRAAN AYAT 35 DAN AL ISRAA’ AYAT 77-80
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang.
Aku Berlindung diri kepada Allah Yang Tinggi dan Agung.

إِذْ قَالَتِ امْرَأَتُ عِمْرَانَ رَبِّ إِنِّي نَذَرْتُ لَكَ مَا فِي بَطْنِي مُحَرَّرًا فَتَقَبَّلْ مِنِّي ۖ إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ {35}Ali Imran
(Ingatlah) ketika isteri 'Imran berkata: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menazarkan kepada engkau anak yang dalam kandungan ku menjadi hamba yang salleh dan berkhidmat (di Baitul Maqdis) kerana itu terimalah (nazar) itu dari pada ku.

سُنَّةَ مَنْ قَدْ أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ مِنْ رُسُلِنَا ۖ وَلَا تَجِدُ لِسُنَّتِنَا تَحْوِيلًا {77} al Israa
Sesungguhnya engkaulah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Kami menetapkan yang demikian) sebagai suatu ketetapan terhadap rasul-rasul Kami yang Kami utuskan sebelum kamu dan tidak kamu dapati perubahan bagi ketetapan kami itu.

أَقِمِ الصَّلَاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَىٰ غَسَقِ اللَّيْلِ وَقُرْآنَ الْفَجْرِ ۖ إِنَّ قُرْآنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا {78} al Israa
Dirikanlah Solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَىٰ أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا {79} al Israa
dan pada sebahagian malam hari bersolat tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.
وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا {80}
Dan katakanlah: " Ya Tuhanku, masukkanlah aku dengan cara yang baik dan keluarkanlah aku dengan cara yang baik dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong.


 
HAIKAL KETIGA : AL BAQARAH AYAT 285 - 286
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang.
Aku Berlindung diri kepada Allah Yang Tinggi dan Agung.

آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ ۚ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ ۚ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۖ غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ {285}al Baqarah
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya.  (Mereka berkata): Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya.  Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami dan kepadaMu jualah tempat kembali tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.  Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ {286} al Baqarah
(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah.  Wahai Tuhan kami.Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.  Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami,serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.  Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.


 
HAIKAL KEEMPAT : AL ISRAA AYAT 81-85
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang.
Aku Berlindung diri kepada Allah Yang Tinggi dan Agung.

وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ ۚ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا {81}
Dan katakanlah:"Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap", Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا {82}
Dan Kami turunkan dari Al Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Qur'an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.

وَإِذَا أَنْعَمْنَا عَلَى الْإِنْسَانِ أَعْرَضَ وَنَأَىٰ بِجَانِبِهِ ۖ وَإِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ كَانَ يَئُوسًا {83}
Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia nescaya berpalinglah dia; Dan membelakang dengan sikap yang sombong dan apabila dia ditimpa kesusahan nescaya dia berputus asa.

قُلْ كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَىٰ شَاكِلَتِهِ فَرَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَنْ هُوَ أَهْدَىٰ سَبِيلًا {84}
Katakanlah; "Tiap-tiap orang berbuat menurut keadaan masing-masing". Maka Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih benar di jalannya.

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ ۖ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا {85}
Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh.Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit.


 
HAIKAL KELIMA : MARYAM: 4 – 6, AL FATH AYAT  (27)
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang.
Aku Berlindung diri kepada Allah Yang Tinggi dan Agung.

قَالَ رَبِّ إِنِّي وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّي وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْبًا وَلَمْ أَكُنْ بِدُعَائِكَ رَبِّ شَقِيًّا {4} Maryam
Dia berkata : " Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdo'a kepada Engkau,Ya Tuhanku.

وَإِنِّي خِفْتُ الْمَوَالِيَ مِنْ وَرَائِي وَكَانَتِ امْرَأَتِي عَاقِرًا فَهَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا {5} Maryam
Dan sesungguhnya aku khuatir terhadap mewaliku sepeninggalanku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahilah aku dari sisi Engkau seorang putera,

يَرِثُنِي وَيَرِثُ مِنْ آلِ يَعْقُوبَ ۖ وَاجْعَلْهُ رَبِّ رَضِيًّا {6} Maryam
yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Ya'qub; dan jadikanlah ia, ya Tuhanku, seorang yang disukai.

لَقَدْ صَدَقَ اللَّهُ رَسُولَهُ الرُّؤْيَا بِالْحَقِّ ۖ لَتَدْخُلُنَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ إِنْ شَاءَ اللَّهُ آمِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُءُوسَكُمْ وَمُقَصِّرِينَ لَا تَخَافُونَ ۖ فَعَلِمَ مَا لَمْ تَعْلَمُوا فَجَعَلَ مِنْ دُونِ ذَٰلِكَ فَتْحًا قَرِيبًا {27} al Fath
Sesungguh Allah akan membuktikan kepada rasulNya tentang kebenaran mimpinya dengan sebenarnya (iaitu) bawasa sesungguhnya kamu pasti akan memasuki masjidil haram, insyaAllah dalam keadaan aman, dengan mencukur rambut kepala dan mengguntingnya, sedang kamu tidak merasa takut. Maka Allah mengetahui apa yang tiada kamu ketahui dan Dia memberikan sebelum itu kemenangan yang dekat.


 
HAIKAL KEENAM : AL JIN AYAT (1-4)
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang.
Aku Berlindung diri kepada Allah Yang Tinggi dan Agung.

قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِنَ الْجِنِّ فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا {1}
Katakanlah(wahai Muhammad): Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: Satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!

يَهْدِي إِلَى الرُّشْدِ فَآمَنَّا بِهِ ۖ وَلَنْ نُشْرِكَ بِرَبِّنَا أَحَدًا {2}
Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, Dan (ketahuilah wahai kaum kami!)

وَأَنَّهُ تَعَالَىٰ جَدُّ رَبِّنَا مَا اتَّخَذَ صَاحِبَةً وَلَا وَلَدًا {3}
Bahawa sesungguhnya: Tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak.

وَأَنَّهُ كَانَ يَقُولُ سَفِيهُنَا عَلَى اللَّهِ شَطَطًا {4}
Dan (dengan ajaran Al-Quran nyatalah) bahawa sesungguhnya: (Ketua) yang kurang akal pertimbangannya dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran


 
HAIKAL KETUJUH : AL KALAM AYAT (51-52)
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang.
Aku Berlindung diri kepada Allah Yang Tinggi dan Agung.

وَإِنْ يَكَادُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ لَمَّا سَمِعُوا الذِّكْرَ وَيَقُولُونَ إِنَّهُ لَمَجْنُونٌ {51}
Dan sesungguhnya orang-orang kafir tu benar-benar hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, takkala mereka mendengar Al Qur'an dan mereka berkata: "Sesungguhnya ia (Muhammad) benar-benar orang yang gila".

وَمَا هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ لِلْعَالَمِينَ {52}
Dan Al-Qur'an itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat.

 

RUJUKAN:
3.         http://doa-robot.blogspot.com/




No comments:

Post a Comment