Thursday, October 30, 2014

KETAHUI BOTOX....



 
Rata-rata muka individu yang menggunakan botox cenderung mempunyai mimik muka yang kelihatan agak ‘keras’ dan kurang ekspresi wajah.  Munurut Dr. Mohamad Faizal Mohamad Anwar, Pakar Bedah Plastik dari Pusat Perubatan LAFA, wajah yang ‘keras’ itu berkait rapat dengan cara dan kepakaran doktor yang menjalankan prosedur mencucuk botox.
Kedutan wajah terhasil daripada otot-otot yang menegang.  Botox akan memainkan peranan dalam menyekat otot-otot daripada menegang.
Suntikan botox yang bukan dilakukan oleh pakar akan Nampak kaku.  Impaknya adalah wajahnya tidak akan dapat menzahirkan emosi yang dialami.  Dalam apa situasi pun, wajahnya akan nampak sama sahaja.  Kekerapan menyuntik botox juga mempunyai impak terhadap ekspresi wajah di mana ekspresi wajah akan menjadi ‘keras’ dan botox akhirnya tidak memberi kesan menegang kulit.
Menurut Dr. Faizal, kaedah selain daripada Botox ialah suntikan Fillers atau Injection implant.  Fillers ini mempunyai kebolehan untuk mengebu dan menegangkan kulit.  Kehadiran Hyaluronic Acid di dalam suntikan fillers boleh mengantikan tisu yang telah hilang dalam kulit akibat kesan penuaan dan faktor lain yang berkait denganya.
Fillers juga boleh disuntik di bahagian tubuh yang lain seperti untuk memancungkan hidung, memantapkan payudara, punggung dan sebagainya.
Walau apapun teknik yang dipilih setiap yang dilakukan perlu dengan kadar sederhana. Tentukan hanya yang benar-benar pakar sahaja boleh menjalankan prosedur berkenaan.

MAJALAH WANITA
OKTOBER 2013

No comments:

Post a Comment