MEMBEBASKAN MINDA
YANG TERJAJAH
Peranan Strategik
Pengurus Dalam Peningkatan Produktiviti Organisasi
VICTOR S.L. TAN
TRANSFORMASI CORAK MINDA
Seorang manusia yang unggul belajar
dari kesilapan, tetapi seorang yang lebih unggul belajar dari kesilapan pihak
lain. Cabaran hari ini ialah untuk meningkatkan daya persaingan melalui
keberkesanan kos, kualiti, kepantasan pengeluaran dan penghantaran, serta
produk dan perkhidmatan yang inovatif.
Untuk itu, corak minda harus diubah.
Corak minda merupakan satu daripada
konsep pengurusan sumber manusia yang paling kurang difahami dalam dunia
perniagaan. Corak minda merupakan
keadaan minda yang mempengaruhi corak pemikiran, perasaan dan reaksi seseorang
terhadap situasi yang dihadapinya
Rajah 1: Lima Faktor Yang Mempengaruhi
Corak Minda
Pekerja-pekerja hari ini telah
mengongkong danmemenjarakan diri sendiri dengan prosedur kerja yang tidak wajar
dengan membina tembok halangan dan sekatan, serta enggan bekerjasama. Mengubah corak minda harus bermula dengan
pemecahan ‘penjara’ minda dahulu. Oleh
itu peranan baru yang harus dimainkan oleh pemimpin hari ini ialah dengan
membuka minda dan memujuk hati pekerjanya.
Rajah 2: Model Kejayaan Perubahan
Minda yang terjajah merupakan
kerugian paling besar dalam sumber manusia.
Rajah 3: Ciri-Ciri Minda Ynag Terjajah
MENGATASI KEGAWATAN
Kegawatan yang dimaksudkan adalah
merujuk kepada keadaan yang boleh membawa kesusahan atau kesulitan kepada
mereka yang tidak mampu menanganinya.
Walaupun begitu, kegawatan boleh menghasilkan beberapa manfaat seperti
dalam rajah seterusnya.
Rajah 4: Manfaat Kegawatan
Pengurusan kegawatan memerlukan
pendekatan yang tenang. Teknik mengurus
kegawatan melibatkan tindakan menganalisis situasi secara objektif sebelum
menetapkan strategi untuk menanganinya.
Rajah 5: Rangka Pengurusan Kegawatan
Rajah 6: Punca Kegagalan Korporat
Krisis merupakan satu situasi atau
peristiwa yang mengakibatkan kepincangan yang serius. Krisis akan berlaku jika terdapat jurang yang
luas di antara apa yang diharapkan dengan apa yang sebenar berlaku.
Rajah 7: Punca Krisis
Pengurusan krisis yang cekap adalah
amat mustahak. Pengurus dan pemimpin
berperanan untuk meminimakan kesan krisis dan pada masa yang sama belajar
daripada pengalaman dan cuba menghindari dari berulang.
MENGEKSPLOIT PELUANG
Terdapat dua jenis perubahan iaitu
perubahan yang didorog oleh krisis dan perubahan yang didorong oleh peluang
Rajah 8: Pengurusan Perubahan Yang Didorong
Oleh Peluang
MEMOTIVASI PEKERJA BARU DAN MEMBENTUK WAWASAN
Memotivasikan pekerja secara
berterusan merupakan salah satu cabaran kritikal yang dihadapi oleh
organisasi. Pekerja memerlukan semangat
yang berkobar-kobar, komitmen, kecekalan dan kebanggaan dalam kerja mereka.
KEPIMPINAN DAN KEUNGGULAN
Cabaran luarbiasa memerlukan pemimpim
luarbiasa untuk mengubah nasib. Untuk
mengurus perubahan seseorang itu perlu memahami perubahan terlebih dahulu. Oleh itu, para pengurus memerlukan daya
kepimpinan yang lebih besar daripada daya rintangan.
Rajah 9: Daya Kepimpinan
No comments:
Post a Comment