Thursday, August 16, 2012

RAHSIA SEEKOR KATAK

RAHSIA SEEKOR KATAK
Mastika April 2012
Perkongsian yang teramat menarik untuk dijadikan iktibar kepada semua.  Semoga apa yang dilalui oleh si katak ini dapat menjadi sumber pemberi semangat kepada kita untuk mengharungi ranjau duri di sepanjang perjalanan kehidupan ini.

Sekumpulan katak sedang berjalan-jalan di dalam hutan.  masing-masing tertawa gembira berkumpul dan riang bermain bersama.
Prakkk!  Tiba-tiba lima ekor katak terjatuh ke dalam sebuah lubang yang dalam.  Katak-katak yang lain mengelilingi di tepi lubang itu.  Adalah mustahil untuk kelima-lima rakan mereka itu melompat keluar, fikir katak-katak itu.
Katak-katak di dalam lubang itu berusaha melompat, cuba mendekati permukaan lubang yang licin dan berliku.  Setiap kali mereka cuba memanjat, mereka terjatuh semula.  Salah seekor daripada katak itu pekak.  Katak pekak juga terus berusaha untuk memanjat keluar dari lubang itu.
"Sudahlah!  Kalian tidak akan mampu untuk keluar lagi.  Berhentilah melompat.  Sudah tentu kalian akan mati di dalam lubang itu," jerit katak-katak yang berkerumun di tepi lubang itu.
Pada mereka, usaha teman mereka di dalam lubang itu tiada makna.  Sudah pasti mereka akan gagal.  Labih baik menunggu ajal sahaja di dalam lubang itu.  "Sudah!  Berhenti melompat!  Sia-sia sahaja!"  Jerit teman-teman mereka dari atas.
Kanak-kanak di dalam lubang itu mula putus asa.  Seekor demi seekor katak yang sedang memanjat itu terjatuh semula ke dalam lubang dan mati.  Akhirnya, tinggallah seekor katak pekak tadi.  Walaupun berulang kali terjatuh, dia tidak patah semangat.  Dia bangun dan memanjat semula.
Teman-teman di atas terus menjerit menyuruhnya berhenti dan biarlah mati bersama rakan-rakannya tadi.  Tapi anehnya, katak pekak itu menjadi semakin bersemangat dan bertenaga.  Dia terus mencuba dan mencuba sehingga akhirnya dia berjaya memanjat sampai ke atas.  Katak pekak itu memeluk rakan-rakan yang setia menunggu di tepi lubang.
Katak-katak lain tercenggang kehairanan.  Lantas mereka bertanya, "Tidakkah engkau dengar apa yang kami jeritkan tadi?"
"Maaf, telingaku tidak dapat mendengar.  Aku pekak sejak lahir." jawab katak pekak.
"Kami hairan bagaimana engkau begitu bersemangat bila melihat kami?" tanya seekor katak yang lain.
Katak pekak itu faham apa yang ditanya rakannya itu melalui gerak bibir mereka.  Sambil tersenyum, katak pekak itu menjawab, "Aku sangka kalian sedang berteriak memberi semangat kepadaku.  Sebab itulah aku lebih bersemangat untuk memanjat sehingga berjaya mendaki sampai ke atas!"
Clipart Happy Cute Golden Toad Royalty Free Vector Illustration by PushkinKatak pekak kini mendapat rahsia baru.  Untuk berjaya, kadang-kadang seseorang perlu pekakkan telinga supaya tidak terpengaruh dengan kata-kata negatif yang boleh membunuh semangat untuk berjaya.

Sekian.....semoga berjaya.....

No comments:

Post a Comment