PERKONGSIAN
SOLUSI ISU 61
POTENSI: Dato’ Hj Muhammad
Zakaria
Rendah Hati Bukan Rendah Diri
Rendah diri adalah perasaan kurang menghargai diri sendiri
akibat ketidakmapuan psikologi, sosial, ekonomi atau kondisi jasmani yang
kurang sempurna. Kebiasaannya orang yang
rendah diri menanggap dirinya tidak memiliki kemampuan yang bermakna. Perasaan rendah diri merugikan diri sendiri.
Sikap manusia yang rendah diri:
·
suka menyendiri
·
tidak suka bersosial
·
ragu-ragu hendak bertindak
·
tidak yakin dengan kemampuan diri sendiri
·
sentiasa mengelak persaingan dan pertandingan
·
cenderung menarik diri daripada kumpulan atau penglibatan
·
tidak berani menonjol
malu tidak sama dengan rendah diri. Malu adalah sifat mahmudah yang harus
dimiliki setiap orang kerana ia indicator mania bermoral.
Rendah hati berlainan dengan rendah diri. Rendah hati adalah sifat mahmudah yang baik,
tawaduk dan bebas daripada sikap sombong, takabur dan bangga diri, tidak
meremehkan orang lain. 10 cara atasi
rendah diri:
1.
akur dan redha bahawas etiap individu meliki kelemahan dan
kelebihan tersendiri. Terima kekurangan
diri dan cari kelebihan diri yang lain
2.
anggap potensi dan kemampuan setaraf dengan orang lain
3.
tanam keinginan untuk terus belajar ke peringkat lebih tinggi
4.
luaskan pergaulan denan orang positif dan optimis. Tingkatkan keyakinan diri.
5.
Pegang teraju diri
6.
Jangan anggap kegagalan petanda berakhirnya satu kehidupan
7.
Mulai perbualan dengan rajin bertanya
8.
Teliti dan tingkatkan penampilan. Bentuk penampilan baru.
9.
Sentiasa bersikap tenang dlam pengendalian diri (self-control)
10. Salur
sumbangan
No comments:
Post a Comment