AJAIBNYA SEDEKAH
Semakin Bersedekah
Semakin Kaya
(Muhammad Muhyidin)
Kita sering memandang sedekah
sebagi sesuatu yang biasa. Sedekah dalam
pengertian umumnya adalah memberi sesuatu kepada orang lain.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
·
Segeralah bersedekah kerana bala tidak pernah
mendahului sedekah
·
Ubatilah penyakitmu dengan bersdekah
·
Perbanyakkan sedekah kerana ia dapat
memanjangkan umur
Beberapa petikan daripada orang
barat:
· Henry Ford Sr.: Kejayaan
ada di mana-mana. Kejayaan itu mul
dengan memberi.
· Erwin Federman: Orang
menyukai kita bukan kerana sikap diri kita, tetapi kerana apa yang kita lakukan
bagi menggembirakannya.
Orang yang mencari popularity sebenarnya
adalah orang yang tidak pernah popular. Sedekah
yang sebenar-benarnya mengandungi beberapa unsur:
1.
Niat yang tulus dan ikhlas hanya kerana Allah
s.w.t.
2.
Bebaskan diri daripada keraguan berkenaan jumlah
sedekah
3.
Berahsialah, jangan menunjuk-nunjuk dan juga
sombong
4.
Berikanlah kepada orang yang tepat
5.
Berikan yang terbaik
Sedekah adalah pemberian yang
dilakukan secara sukarela, ikhlas ataupun tanpa mengharapkan balasan. Orang yang bersedekah memiliki rasa kasih sayang
terhadap orang lain. Sedekah menenangkan
dan membahagia jiwa. Jiwa yang bahagia
adalah jiwa yang jauh daripada penyakit.
Jiwa yang bahagia juga melahirkan hati dan fikiran yang bahagia.
No comments:
Post a Comment