Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga,
Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.
Namun tanpa disedari, nilai budi bahasa kini kian terhakis lantaran tuntutan mengejar kekayaan dan kesenangan dunia di samping perkembangan kemajuan teknologi. Terhakis juga dek kerana perasaan tinggi diri dan memandang rendah kepada yang lain. Keadaan ini berlaku ada kaitannya dengan persekitaran luaran terutamanya pengaruh kawan dan orang di sekeliling kita. Namun, jika nilai budi bahasa ini tersemai dengan kukuh sejak dari kecil, ia sentiasa akan kekal dalam diri. Oleh itu jagalah maruah diri, keluarga, agama dan bangsa.
Amalkan budi bahasa dalam berkomunikasi baik secara formal atau tidak formal. Walaupun pangkat mungkin tinggi melangit, hormatilah orang yang lebih berusia. Betul kata-kata 'melentur buluh biar dari rebung', tetapi masih belum terlambat untuk kita berlatih dan menyemai nilai budi bahasa dalam diri.
Sayangi yang muda kerana mereka adalah masa silam kita,
Hormati yang tua kerana mereka adalah masa hadapan kita.
No comments:
Post a Comment