Saturday, July 28, 2012

INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT: 3. SYARIAT BERKAITAN REMAJA

INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT
DATO’ ISMAIL KAMUS
MOHD. AZRUL AZLEN AB. HAMID


3.        SYARIAT BERKAITAN REMAJA
Tatacara kehidupan yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

Bil.
Perkara
Keterangan
i.
Kepentingan konsep syahadah
Kanak-kanak yang telah baligh perlu diajar dua kalimah syahadah.

ii.
Menghayati erti iman dan Islam
Makna iman:
Kepercayaan yang terbitnya daripada hati seseorang iaitu mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. adalah benar dan datangnya daripada Allah s.w.t.
Rukun iman:
  • Percaya kepada Allah s.w.t.
  • Percaya kepada malaikat
    • Nisbah populasi makhluk di bumi: 1% manusia, 9% jin dan 90% malaikat
    • Malaikat yang wajib diketahui:
      • Jibril a.s.:: menyampaikan wahyu
      • Izrail a.s.: mencabut nyawa
      • Mikail a.s.: memberi rezeki
      • Israfil a.s.: meniup sangkakala
      • Munkar a.s.: menyoal di dalam kubur
      • Nakir a.s.: menyoal di dalam kubur
      • Raqib a.s.: menulis kebajikan
      • ‘Atid a.s.: menulis kejahatan
      • Malik a.s.: menjaga neraka
      • Ridhwan a.s.: menjaga syurga
  • Percaya kepada kitab
Kitab terbahagi kepada dua:
·         Suhuf
Dibahagikan kepada
o   Nabi Allah Shith (a.s.) 50 suhuf
o   Nabi Allah Idris (a.s.) 30 suhuf
o   Nabi Allah Ibrahim (a.s.) 10 suhuf
o   Nabi Allah Musa (a.s.) 10 suhuf
·         Kitab
o   Taurat            Nabi Musa a.s.
o   Zabur            Nabi Daud a.s.
o   Injil               Nabi Isa a.s.
o   Al-Quran       Nabi Muhammad s.a.w.
  • Percaya kepada Rasul
    • Nabi:   ialah seorang lelaki yang merdeka dan mendapat wahyu daripada Allah tetapi tidak ditugaskan menyampaikan kepada orang lain
    • Rasul::          ialah seorang lelaki yang merdeka dan mendapat wahyu daripada Allah dan ditugaskan untuk menyampaikan kepada orang lain
1. Adam a.s.
14. Musa a.s.ill
2. Idris a.s.
15. Harun a.s.
3. Nuh a.s.
16. Zulkifli a.s.
4. Hud a.s.
17. Daud a.s.
5. salih a.s.
18. Sulaiman a.s.
6. Ibrahim a.s.
19. Ilyias a.s.
7. Lut a.s.
20. ilyasa’ a.s.
8. Ismail a.s.
21. Yunus a.s.
9. Ishak a.s
22. Zakaria a.s.
10. Yaaku a.s.
23. Yahya a.s.
11. Yusuf a.s.
24. Isa a.s
12. Ayub a.s.
25. Muhammad s.a.w.
13. Syuib a.s.

  • Percaya kepada Hari Kiamat
  • Percaya kepada Qadak dan Qadar

Rukun Islam:
  • Mengucap dua kalimah syahadah
  • Mendirikan solat lima waktu sehari semalam
  • Menunaikan zakat
  • Puasa pada bulan Ramadhan
  • Mengerjakan haji ke Baitullahil-Haram bagi yang berkemampuan

iii.
Ketinggian Ihsan
Makna ihsan:
Peribadatan insan terhadap Allah seolah-olah dia melihat Allah

iv.
Akhlak – sifat mahmudah dan mazmumah
Sifat-sifat mahmudah (terpuji):
  • Taubat
  • Takut akan Allah s.w.t.
  • Mahabbah (Kasih akan Allah s.w.t.)
  • Zuhud
  • Sabar
  • Syukur
  • Ikhlas dan benar
Hakikat benar:
·         Benar dalam menepati janji
·         Benar dalam perkataan
·         Benar dalam niat dan kehendak
·         Benar dalam keazaman
·         Benar dalam amalan
  • Tawakkal
  • Reda dengan qadak Allah s.w.t.
  • Mengingati mati

Sifat-sifat mazmumah (tercela):
  • Gemar makan dan minum
  • Banyak berkata-kata yang sia-sia
  • Marah
  • Hasad, dengki dan iri hati
  • Kasih kepada harta
  • Takbur
  • Riak
  • Ujub (berasa hairan dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri)
  • Kasih akan dunia

v.
Hukum-hukum dasar syariat Islam
Hukum halal - Sesuatu yang dibolehkan (tidak berdosa) memakai, memakan, atau mengerjakan setelah ada pengesahan (sah) menurut syarak

Hukum haram - Sesuatu yang diberi pahala apabila meninggalkannya dan berdosa apabila mengerjakannya di sisi syarak.  Hokum ini berlawanan dengan yang halal

Hukum wajib - Sesuatu yang diberi pahala apabila dikerjakan dan berdosa apabila meninggalkannya

Hukum sunat - Sesuatu yang diberi pahala jika dikerjakan dan tidak berdosa apabila meninggalkannya

Hukum makruh - Sesuatu amalan yang diberi pahala jika ditinggalkan dan tidak berdosa apabila mengerjakannya

Hukum harus - Sesuatu amanlan yang tidak berpahala jika dikerjakan dan tidak berdosa apabila meninggalkannya

Hukum sah - Sesuatu amalan yang cukup rukun dan sempurna syaratnya menurut syarak

Hukum batal - Sesuatu amalan yang tidak cukup rukun dan syaratnya menurut syarak


 


No comments:

Post a Comment