TRANSFORMASI MINDA
Semua bercakap berkenaan transformasi, tetapi
yang paling penting ialah transfromasi minda.
Satu topik yang mudah dan sering diperkatakan tetapi amat sukar untuk
dipraktikkan. Satu topik yang amat suka
disebut, tetapi bukan mudah untuk diterangkan.
Saya telah mengikuti satu ceramah yang amat
bermakna berkenaan transformasi minda oleh Dr Shatar dari Universiti Putra
Malaysia. Di ceramah tersebut, pertama-tamanya,
peserta telah diminta untuk melukis pemandangan ‘kampong saya’. Hampir semua peserta melukis pemandangan kampong
berlatarbelakangkan gunung-ganang, dengan matahari di celah gunung, sawah padi,
sebuah rumah kampong, dan tidak ketinggalan sebatang pokok kelapa. Tidak ketinggalan dilukiskan burung, dan awan,
dan ada kalanya sebatang anak sungai.
Itulah gambaran ‘kampong saya’ kepada kita semua walaupun kita
sebenarnya duduk di bandar.
Apa sebenarnya yang Dr Shatar nak kongsi? Beliau sebenarnya hendak kita lihat bahawa
biar pun zaman telah berubah dengan kepesatan pembangunan dan kemajuan
teknologi, minda kita masih di takuk lama semasa kita mula belajar melukis di
zaman kanak-kanak dulu. Begitu juga dengan
sikap sebagai bos. Bos hanya suka memberi
arahan tetapi tidak pernah melakukan apa yang diarahkan itu walaupun perkara
yang mudah. Contoh yang diberi oleh Dr
Shatar adalah berkenaan dengan sampah-sampah yang kita jumpa berteraburan di
pejabat. Adakah seorang bos akan mengutipnya
ataupun memanggil Mat, Pembantu Am Pejabat untuk melakukannya? Manakah perginya contoh melalui teladan…
Jadi fikir-fikirkanlah cara untuk
mentransformasikan minda kita….sesuatu yang mudah diperkatakan, sukar
dilakukan. Bila minda telah dapat
diubah, baru kita mudah menerima idea dengan fikiran terbuka. Jika tidak, kita akan sentiasa takut untuk
melakukan sesuatu yang luar daripada kebiasaan.
Takut menyusahkan, bimbangkan implikasi.
Maka itu adanya projek perintis.
Cubaan ke arah kejayaan dan berani mengaku kesilapan jika tidak berjaya…..
No comments:
Post a Comment