Friday, July 27, 2012

INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT: 2. PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT
DATO’ ISMAIL KAMUS
MOHD. AZRUL AZLEN AB. HAMID

2.        PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 
Anak-anak kecil memerlukan belaian kasih sayang, asuhan dan didikan (tarbiah).  Beberapa peraturan asas yang patut diberi perhatian oleh ibu bapa: 

Bil.
Perkara
Keterangan
i.
Mengenal Allah
Simpulan iman:
  • 20 sifat wajib Allah s.w.t.
  • 20 sifat mustahil Allah s.w.t.
  • 1 sifat harus Allah s.w.t.
  • 4 sifat wajib rasul
  • 4 sifat mustahil rasul
  • 1 sifat harus rasul 
Mengenal Allah melalui sifat 20
Memahami dan menghadirkan makna 99 nama Allah

ii.
Mengenal Rasul
Para Rasul mempunyai sifat wajib, mustahil dan jaiz (harus)

iii.
Mengenal Munafik, Musyrik, Kafir, dan Murtad
Munafik:
Seseorang yang tidak menzahirkan kekufuran dengan cara menyembunyikannya di dalam hati

Musyrik:
Orang yang mempercayai sesuatu itu lebih berkuasa daripada Allah s.w.t.

Kafir:
Orang yang menidakkan keesaan Allah s.w.t, kenabian nabi serta mengingkari segala syariat Nya

Murtad:
Orang Islam yang meninggalkan Islam dan segala ajaran yang terkandung di dalamnya.

iv.
Pendidikan Solat
Didik mengerjakan solat sejak berusia 7 tahun
Suruh dan latih melaksanakan ibadat solat dan puasa

v.
Belajar Al-Quran
Kepentingan mengajar Al-Quran:
  • Membentuk asas iman
  • Perkembangan potensi otak anak
  • Ibu bapa agen penting perkembangan otak anak

vi.
Sejarah Rasul
Maklumat:
  • 124,000 orang nabi
  • 313 orang daripadanya ialah rasul
  • 25 orang daripada rasul wajib diketahui
  • 5 orang rasul menerima gelaran ‘Ulul ‘Azmi’ (Rasul Pilihan dan Agung)
    • Nabi Muhammad s.a.w.
    • Nabi Ibrahim a.s.
    • Nabi Musa a.s.
    • Nabi Isa a.s.
    • Nabi Nuh a.s.

vii.
Doa Asas Untuk Anak-anak
Doa merupakan pergantungan harapan agar Allah s.w.t. sentiasa memberi perlindungan:

Doa ketika makan
Doa sesudah makan  
Doa masuk ke tandas / bilik air
Doa keluar tandas
Doa sebelum tidur
Doa setelah bangun tidur
Doa menaiki kenderaan
Doa terang hati
Doa ketika bersin
Doa berbuka puasa
Doa masuk masjid
Doa pergi masjid
Doa keluar masjid
Doa keluar rumah
Doa memakai pakaian
Doa menanggalkan pakaian

viii.
Adap Untuk Kanak-kanak
Adap-adap sosial yang perlu ditanam:
  • Adap terhadap ibu bapa
    • Hormat
      • Mencium tangan setiap kali bertemu
      • Bertutur dengan kata-kata yang lemah lembut dan penuh rasa hormat
      • Merujuk dan meminta nasihat
      • Selalu menziarah
    • Berbakti
    • Menyumbang bantuan
  • Adap terhadap guru
  • Adap terhadap teman, jiran dan tetamu
    • Hak jiran
      • Beri salam bila bertemu
      • Penuhi undangan jika dijemput
      • Ziarah ketika sakit
      • Tolong ketika kesempitan
      • Tidak sakiti hatinya
      • Sembahyangkan apabila meninggal
      • Iringi jenazahnya ke perkuburan
    • Adap terhadap tetamu / musafir
      • Dianjurkan menjawab salamnya
      • Bangun menyambut dan pelawa duduk
      • Menjamu dan melayani sehingga beredar


 

No comments:

Post a Comment