Thursday, October 24, 2013

Atasi masalah mulut berbau

PERKONGSIAN:
BERITA HARIAN
FAMILI 24 OKTOBER 2013
MAKANAN ELAK BAU MULUT
Oleh Nor hatina Shuib

Masalah mulut berbau boleh menjatuhkan maruha seseorang.  Bau mulut berlaku disebabkan pembiakan mikro atas lidah, khususnya pada bahagian belakang lidah.  Keadaanini dipanggil halitosis.  Bau mulut juga disebabkan tabiat individu mengawal pengambilan makanan atau diet.  Sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai ketones akan dibebaskan ketika bernafas apabila lemak dlaam badan dibakar.  Kajian menunjukkan bahawa 5 makanan berikut boleh membantu menghapuskan bakteria penyebab nafas berbau.

1.      STRAWBERI
Kandungan vitamin C yang ada pada buah ini baik untuk melawan jangkitan bakteria.

2.      TEH
The hijau atau merah tanpa gula mengandungi antioksida yang boleh mencegah perkembangan bakteria pada bahagian mulut.

3.     KACANG HAZEL
Kunyahan kacang hazel akan menerbitkan zat pada dinding mulut.

4.      YOGURT
KAJIAN PAKAR PERUBATAN DI Jepun menunjukkan pembentukan plak di gigi akan berkurangan apabila mkaan yogurt.

5.      EPAL
Mampu mencegah kemunculan plak di gigi.

PUNCA MULUT BERBAU
·         MAKANAN
o   Sisa makan terselit pada celah gigi
o   Makan mengandungi minyak mudha bertukar menjadi gas (seperti bawang putih, bawang merah dan sesetngah sayur yang dimasak dengan rempah)

·         ABAI KEBERSIHAN GIGI
o   Tabiat tidak menjaga kebersihan gigi
o   Sisa makan celah gigi yang dibiarkan menggalakkan pembiakan bakteria penyebab bau mulut

·         MULUT KERING
o   Mulut kering menyebabkan sel mati berkumpul pada lidah, gusi dan pipi.  Sel mati akan mereputkan gigi dan mengeluarkan bau.

·         TEMBAKAU

·         DIET KETERLALUAN
o   Mengakibatkan pengumpulan abhan kimia ketoasidosis terhasil ketika menahan lapar.


No comments:

Post a Comment