Sunday, October 13, 2013

Memiliki kecantikan secara semula jadi

PERKONGSIAN:
BERITA HARIAN
FAMILI 14 OKTOBER 2013
AMALAN KECANTIKAN SEMULA JADI
Oleh Saadiah Ismail
 
Bukan mudah untuk memiliki kecantikan secara semula jadi.  Sebenarnya jika anda berusaha dan rajin sedikit, barangan yang berada di rumah juga boleh dijadikan bahan untuk menjaga kecantikan wajah.

1.      Percikkan air sejuk ke muka setiap pagi selepas membersihkannya.  Ini dapat mengetatkan liang dan membuatkan kulit berseri.

2.      Letakkan dua sudu besi yang telah disejukkan dalam peti ais ke atas mata.  Ini sebagai langkah untuk mengurangkan bengkak atau lingkaran hitam.
 
3.      Letakkan hirisan timun yang telah disejukkan dalam peti ais ke atas mata.  Boleh membantu mengurangkan lingkaran hitam.
 
4.      Sapukan sedikit minyak zaitun yang telah dipanaskan di bahagian hujung rambut, dan tutup rambut dengan topi mandian.  Biarkan seketikan dan bilas rambut.  Rambut akan menjadi lembut bak sutera.
 
5.      Buat topeng muka denganoat dan air panas.  Ratakan pada seluruh muka.
 
6.      Campurkan jus lemon denngan air, sapu menggunakan kapas lembut.  Jus lemon membantu mengembalikan keseimbangan pH semula jadi kulit.  Minum secawan limau panas juga membantu meningkatkan metabolisme.
 
7.      Gosok bibir dengan berus gigi dapat membuang sel kulit mati selain dapat membuat peredaran darah menjadi lebih baik.  Bibir akan menjadi lebih sempurna dan mudah untuk sisapu gincu.
 
8.      Lakukan rawatan wap muka di rumah selama 5 minit untuk membantu meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan masalah jerawat.
 
9.      Gunakan minyak kelapa pada rambut, muka dan badan bagi memberikan anda cahaya semula jadi.
 

No comments:

Post a Comment