PERKONGSIAN:
BERITA
HARIAN
AGAMA
28 OKTOBER 2013
IKHLAS
BERI KEMAAFAN HAPUS DENDAM
Oleh
Syed Abi Ghufran Syed Ahmad Al-Idrus & wan Sulaini Wan Ambak
Hidup
kita di dunia ini tidak semestinya menjanjikan kebahagiaan dan kesenangan
dengan mudah. Mesti aka nada yang
terluka dan bersedih hati dalam perhubungan sehari-hari dengan pelbagai ragam
perwatakan manusia. Sebagai manusia
biasa, sudah semestinya perasaan sakit dan terluka hati sukar untuk dibuang. Perasaan sakit dan terluka yang disimpan
terlalu lama akan membangkitkan perasaan dendam.
Apabila
pihak yang melakukan kesalahan memohon maaf, ada di antara kita yang dengan
rela hati memaafkannya, da nada juga yang berkata maaf tetapi masih menyimpan
dendam. Aapabila kemaafan tidak dating dari
jiwa, maka dendam akan menguasai hati dan jiwa.
Orang yang memberi kemaafan dengan ikhlas akan terlepas dari perasaan
dendam dan sakit hati. Ketenanngan hati
dan kelapangan jiwa akan wujud dalam diri.
Sebagai
manusia biasa, ada kala kita berdepan kesukaran untuk memaafkan orang
lain. Sifat orang yang mudah memaafkan
adalah akhlak Muslim yang terpuji. Kemaafan
adalah ubat yang boleh menyejukkan dendam yang membara dalam hati. Mudah-mudahan dengan adanya sifat memberi
kemaafan terhadap orang lain akan akan memudahkan juga orang lain memberi
kemaafan terhadap kita. Amin.
No comments:
Post a Comment