Thursday, December 26, 2013

KOMUNIKASI TIDAK FORMAL JUGA PENTING

PERKONGSIAN
SOLUSI ISU 61
MAHIR: Ahmad Fadzli Yusof
Mempertajam Pisau Komunikasi
credit: http://deloiz.blogspot.com

Kemahiran berbual-bual dilihat kurang penting dalam bidang kerjaya.  Sedangkan realitinya ia memainkan peranan yang besar demi melonjakkan seseorang ke’tengah pentas’ dalam organisasi yang disertai.

Kemahiran berbicara dan berbual boleh membantu menyelesaikan tugasan dengan lebih baik.  Kemahiran ini membolehkan kerjasama yang lebih pantas dan tepat diperolehi.  Petua untuk meningkatkan kualiti perbualan atau komunikasi tidak formal:
    • Masa yang tepat
    • Tempat yang sesuai
    • Mukadimah yang positif
    • Terperinci, jelas dan ringkas
    • Pelihara mimic muka
    • Gunakan bahasa ‘saya’
    • Hormati idea ornag lain
    • Bersepakat
    • Berkompromi

Komunikasi tidak formal penting demi mencapai kejayaan dalam hidup.  Ada perkara yang peril disampaikan secara tidak formal.  Jangan perkecilkan kesan dan faedah komunikasi bukan formal.


No comments:

Post a Comment