Sunday, December 29, 2013

PENYAKIT TIDUR TIBA-TIBA

PERKONGSIAN:
BERITA HARIAN, 29 NOVEMBER 2013
FAMILI Oleh Nor Hatina Shuib

Rujukan:        Dr Sng Kin Hock
                        Perunding Pakar Nuerologi
                        Pusat Perubatan Pantai
                        Hospital Kuala Lumpur
credit: gambar-lucu.com

Narkolepsi ialah penyakit gangguan tidur yang boleh berlaku kepada manusia atau haiwan.  Jika tertidur disebabkan tekanan atau letih bekerja, bukan penyakit narkolepsi.

Individu yang mengalami narkolepsi biasanya tidak dapat menahan rasa mengantuk yang datang secara tiba-tiba.  Mereka akan tertidur tanpa mengira situasi dan keadaan atau dalam apa aktiviti sekali pun.  Mereka bukan pengsan dan boleh sedar sekiranya dikejutkan.

Situasi ini menyebabkan segala aktiviti terganggu dan boleh menjejaskan kualiti kerja dan hidup.  Tidak semua ornag tahu berkenaan penyakit ini.  Penyakit ini hanya boleh dikesan melalui bacaan graf yang dijalankan pakar neurologi.


Penyakit neurilogi ini ada kaitan dengan kekurangan protein hipokretin (sejenis kimia dalam otak yang ada hubung kait dengan sistem saraf).  Penyakit ini mempengaruhi bahagian otak yang mengawal dan mengatur tidur.  Ianya adalah penyakit genetik.

No comments:

Post a Comment