Wednesday, December 25, 2013

UJIAN DALAM HIDUP

PERKONGSIAN
AT-TAQWA ISU 5
HIDUP UNTUK DIUJI
Oleh Hawa Sofiyyah
credit: http://irhamni-za-ntg.blogspot.com/

Setiap apa yang Allah swt takdirkan adlah yang terbaik.  Allah swt mendatangkan ujian bagi setiap manusia sebagai kayu pengukur.  Ujian itu merupakan satu proses tapisan, ‘penyulingan’ untuk menentukan yang baik dan yang jahat.  Ujian adalah dalam 2 bentuk:
·         ujian positif (yang mengembirakan)
·         ujian negative (yang menyedihkan/mendukacitakan/ meyusahkan)

di antara kedua ujian ini, ujian kesenangan (positif) akan lebih mudah merosakkan manusia.  Mengikut logik aka;, ornag yang kaya, yang mampunyai kuasa dan harta mempunyai keupayaan untuk menolong manusia yang lain.  Tetapi sebaliknya berlaku.

Setiap apa yang berlaku di dunia adalah ujian.  Sekiranya kita tidak takut dan cintakan Allah swt, tidak membesarkan akhirat, maka kita tentu akan tewas dengan apa jua bentuk ujian sama ada yang positif atau negative.  Percayalah, Allah swt melakukan ujian semata-mata untuk memberi kita pahala.


No comments:

Post a Comment